Hentikan Penghinaan Terhadap Islam & Nabi Muhammad SAW

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Sebagai seorang muslimat yang sangat sayangkan agama dan Rasulnya, ibu terpanggil untuk membuat entri “Hentikan Penghinaan Terhadap Islam & Nabi Muhammad SAW”.

Video pendek “Innocence Of Muslim” yang diterbitkan oleh yahudi laknatullah berwarganergara Amerika, Sam Bacile perlu disekat dari tayangkan dan disebarkan. Video ini mendapat tajaan daripada pihak yahudi yang sememangnya anti dengan Islam dengan mengambarkan Nabi Muhammad sebagai seorang homoseksual, menyokong seks luar nikah dan pedofilia. Ini adalah satu penghinaan yang amat berat dan tidak boleh diterima oleh seluruh umat Islam.

bantahan video hina islam

Umat Islam di Libya, Mesir dan Yemen telah bangun menentang penghinaan ini. Video tersebut juga telah diharamkan di beberapa buah negara islam, termasuk kerajaan Afganistan yang telah terus menyekat akses laman Youtube bagi negara mereka selagi video ini tidak dibuang oleh pihak Youtube. Penyiasat di Amerika baru mengesahkan bahawa Sam Bacile bukan nama sebenar dan Nakoula Basseley Nakoula adalah orang sebenar penghasilkan filem tersebut.(Sumber : Denaihati)

Malaysia sebagai sebuah negara Islam juga perlu mengambil tindakan tegas drastik dengan menyekat penyebaran video ini. Mohon pihak berwajib mengambil tindakan yang segera dan sewajarnya.

ps : Mohon juga semua rakan-rakan agar tidak menonton atau menyebarkan video tersebut sebagai tanda bantahan kita kepada penghinaan tersebut. 

 1,093 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

10 Comments

  1. memang niat diorang untuk naikkan perasaan marah orang islam..bila dah marah, macam2 boleh jadi..macam duta yang mati terbunuh masa tunjuk perasaan..time ni diorang guna untuk counter attack orang islam..alasannya, islam jahat..padahal, diorang yang cetuskan isu ni..so, better jangan tengok dan jangan jugak sebarkan filem tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*