Drama Setia Hujung Nyawa


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Drama terbaru di slot Akasia TV3 yang akan menggantikan drama Cinta Itu Milikku bermula 24 Disember 2012 ini. Drama 28 episod ini dilakonkan oleh Ryzal Jaafar, Nelydia Senrose, Hairul Azreen dan Amar Asyraf. Setia Hujung Nyawa ini diadaptasi dari pada novel nukilan Fatin Nabila.

drama baru slot akasia tv3

Sinopsis Drama Setia Hujung Nyawa

setia hujung nyawa(2)

Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.

ps : peminat drama melayu..jangan lupa saksikan drama ini. sinopsisnya best 🙂

Jom Kongsi!

Ibu Mifzal

Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.


13 Responses

  1. Azim berkata:

    Siapa nama pelakon yg melakonkan watak “Erniza” dlm drama ni ye? Puas sy carik x jumpe

  2. ain berkata:

    saya minat gile cite ni hehe ..
    Jom baca entri di blog ain : Segmen Dialog Zain vs ErsalinaMy Profile

  3. gee berkata:

    as salam..nak tau lagu latar untuk drama ni..yang ada liriknya “setia hujung nyawa”..thanks

  4. Hafizul berkata:

    Awalnya…Emm tgok sinopsis mcam tak best…wahhh lepas tgok, memang comfirm sedap..cite tv3 ni kan?jam 7 mlm..ke sy silap?hehe
    Jom baca entri di blog Hafizul : Kenapa Saya Ingin Tersenarai Di Dalam Bloglist Abang Ensem’s BlogMy Profile

  5. Sara berkata:

    lambtnyer nk tunggu drama ni..hmmm
    Jom baca entri di blog Sara : GAMBAR benarkah ini KERETA tok guru NIK AZIZ?My Profile

  6. Afifah Munirah berkata:

    Tapi drama novel nie memang syok kan kebanyakkannya sbb tersusun…
    Jom baca entri di blog Afifah Munirah : HowTo: Cara Menjimatkan Pengunaan Data BroadbandMy Profile

  7. ajumohit berkata:

    byk novel dah didramakan skrg ni kan ibu
    Jom baca entri di blog ajumohit : WW ~ 12.12.12 Moga SuburMy Profile

  8. Sara berkata:

    lg drama dari novel…hmmm femes la penulis novel nanti..
    Jom baca entri di blog Sara : Senarai Tajaan Biasiswa Di Malaysia Tahun 2013My Profile

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge