Dividen Tabung Haji (TH) Bagi Tahun 2012


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Teruja juga ibu, bila mendapat tahu maklumat mengenai peratus pemberian dividen Tabung Haji bagi tahun 2012.

Montaj TH

Pihak Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengumumkan dividen tabung haji sebanyak 8 % bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 iaitu merangkumi dividen tahunan sebanyak 6.5 % dan dividen khas Jubli Emas sebanyak 1.5 %. Khabarnya antara peratusan yang tertinggi dalam pemberian dividen oleh Tabung Haji.

Wah!! Sengih lebar lah para penyimpan dan pendeposit Tabung Haji. Ibu, Abah Mifzal & Mifzal Arsyad juga antara pendeposit Tabung Haji. Tetapi, simpanan kami tiga beranak ini tak adalah banyak mana pun :p

Ibu, sudah pun membuat arahan tetap pemotongan gaji ibu ke akaun Tabung Haji ibu dan Mifzal Arsyad. Senang kalau buat simpanan melalui potongan gaji ini. Tidak perlu beratur di kaunter setiap bulan.

Insya Allah, ada niat nak daftarkan haji nanti. Nak daftar haji kena la ke kaunter jua 🙂

Jom Kongsi!

Ibu Mifzal

Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.


11 Responses

  1. yusri berkata:

    lebih baik sikit daripada tak de langsung kan…hehe
    Jom baca entri di blog yusri : Selamat Hari Lahir ke-5 tahun Puteri KembarkuMy Profile

  2. papa mifz berkata:

    yup PM danwife pun teringin untuk berdaftar dengan TH dalam masa terdekat nih…
    Jom baca entri di blog papa mifz : Tambah Selera Makan Kanak-KanakMy Profile

  3. syaifuddin alias berkata:

    info yang memang dicari2 orang ramai 🙂
    Jom baca entri di blog syaifuddin alias : Antara Job, Penulisan, Dan RumahMy Profile

  4. puanbee berkata:

    saya banyak masukan duit dlm asb , tup2 tabung haji lg tinggi .. haha tahun ni kita cuba masukkan duit dlm tabung haji pula la …
    Jom baca entri di blog puanbee : Oh ye ! Kesimpulan review P1 MX230My Profile

  5. Cikgu Hairul berkata:

    Ibu tak daftar haji lagi? Saya daftar tahun lepas dapat giliran tahun 2055.. emmm.. Entah ada lg entah tidak.
    Jom baca entri di blog Cikgu Hairul : Nak cuti ke mana?My Profile

  6. ajumohit berkata:

    alhamdulillah rezeki, daftar haji cepat2 tau ainey, aju dftr bulan 11, lagi 43 tahun baru dapat gi ;(
    Jom baca entri di blog ajumohit : Borang Rayuan BR1M 2.0 OnlineMy Profile

  7. Petua Puteri berkata:

    tinggi juga tu 8 percent.. mmg untung yg menyimpan dlm tabung haji…
    Jom baca entri di blog Petua Puteri : Tips Badan Langsing Seksi Bak ‘BEYONCE’My Profile

  8. hairulafiz berkata:

    banyak tu tapi simpanan saya sikit sgt…nak kena menyimpan lebih ni..
    Jom baca entri di blog hairulafiz : Jersi Johor Darul TakzimMy Profile

  9. donnyien berkata:

    moga dapat memberikan manfaat untuk menunaikan haji nanti.
    Jom baca entri di blog donnyien : Semarakkan nilai-nilai murni setiap masaMy Profile

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge