Aduh!!! Terasa lega apabila mengenangkan hutang pinjaman PTPTN dah habis. Apatah lagi dapat menikmati diskaun penyelesaian penuh pinjaman PTPTN yang sebelum ini telah diumumkan oleh Menteri Kewangan Malaysia ketika pembentangan Belanjawan 2022 pada bulan Oktober 2021 tempoh hari. Diskaun ini masih boleh diperolehi sekiranya membuat pembayaran penuh, separuh atau juga membuat bayaran melalui potongan gaji atau debit sebelum 30 April 2022.
15% pengurangan daripada jumlah pinjaman akan diterima sekiranya membuat bayaran penuh manakala 12% diskaun akan diperolehi jika pembayaran balik dibuat sebanyak separuh daripada jumlah pinjaman. Selain itu, peminjam PTPTN boleh mendapatkan 10% diskaun dengan membuat bayaran balik pinjaman melalui potongan gaji atau debit. Untungkan.
Alhamdulillah, ibu telah membuat pembayaran penuh hutang pelajaran lama ini pada pertengahan bulan Februari 2022 yang lalu. Sebelum ini, ibu memang secara berkala membuat pembayaran balik pinjaman ini melalui potongan gaji majikan. Bermula awal tahun 2016. Kiranya sudah lebih 6 tahun membayarnya. Hmm..tetapi baki tak ada lah berkurang banyak pun. Huhu.
Yang membuat ibu ambil keputusan untuk membayar penuh pinjaman ini adalah kerana rekod CCRIS. Aduhai, bila tahu nama ibu dalam CCRIS ada rekod yang tak cantik disebabkan pinjaman pelajaran ini. Terfikir ibu, macam mana boleh ada CCRIS sedang kan bulan-bulan potong dalam slip gaji. Pening ibu. Bila disiasat, rupanya ada satu bulan pembayaran oleh majikan kepada pihak PTPTN lambat masuk. Adui, tepuk dahi ibu. Salah orang lain, kita pula kena tempias.
Diskaun Penyelesaian Penuh Pinjaman PTPTN
Kebetulan tempoh diskaun masih ada, jadi senang cerita, bayar penuh lah. Lega satu hutang. Lepas ini, tak fikir hutang ini lagi, kita fikir hutang lain pula. Hehe. Adui! banyak hutang rupanya. Haha. Biasalah, nak ada aset kena berhutang kan. Ada hutang dan mampu bayar bagi ibu tak menjadi masalah, yang jadi masalah bila buat hutang tetapi tak mampu bayar. Itu memang memeningkan dan patut dielakkan!!
BACA INI :Â Diskaun / Pengurangan Bayaran Balik Pinjaman Boleh Ubah JPA
Lepas dah bayar penuh, dapat diskaun, eh ada baki lebihan bayaran pula. Sebenarnya, dah jadi 2 bulan pula lebihan bayaran kerana gaji bulan Feb 22 ibu masih lagi dipotong oleh majikan. Tak apa lah, nanti boleh mohon lebihan bayaran balik. Nanti ibu buat entri lain untuk lebihan bayaran balik itu. 😀
1,943 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
Leave a Reply