Dah Ada Kad Diskaun 50% – Kad Komuter 1Malaysia


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Diskaun 50% Kad Komuter 1Malaysia

Pada pengguna KTM Komuter, dah dapatkan kad Komuter 1Malaysia dah? Ibu dah apply dah…dan selamat dah merasmikan kad tersebut ketika berulang alik ke Kuala Lumpur ketika  final exam minggu lepas.

Okay la..terasa jugak menjimatkan, sebab ada potongan 50%. Biasa tambang dari Tanjong Malim ke KL Sentral sehala RM7.00, jadi bila dah dapat diskaun dapat la tambang RM3.50 sahaja.. seminggu berulang alik, kalau tak ada diskaun, agak perit juga. 😀

Kad Diskaun Komuter 1Malaysia

Pada pengguna komuter yang belum dapatkan kad ini, boleh dapat kan sekarang. Tak susah pun procedure nak dapatkan kad ni. Boleh dapat kad ni time apply tu jugak..just isi borang dan kepilkan bersama salinan kad pengenalan. Tak perlukan slip gaji pun. Bayaran RM1 dikenakan bagi caj kad.

Kaunter juga dibuka di stesen-stesen komuter yang terpilih seperti Stesen Komuter Tanjung Malim, Kepong Sentral, Sentul, KL Sentral, Subang Jaya, Bangi, Sungai Gadut dan Bank Negara. Kaunter ini dibuka jam 10.00 Pagi – 8.00 malam bagi tempoh 21 Oktober – 21 November 2012 sahaja (bagi kaunter di stesen-stesen komuter yang terpilih seperti di atas). Selepas dari itu, kad hanya boleh di apply di kaunter Stesen Komuter di KL Sentral sahaja.

Permohonan secara online juga boleh dibuat. Sila klik link INI

Kad ini boleh digunakan sepanjang tempoh bermula 1 November 2012 sehingga 31 Oktober 2013

Ibu apply hari tu dekat Stesen Komuter Tg. Malim. Sekejap je beratur sebab tak ramai pun orang.

ps : seronok sebab dapat jimat duit tambang 😀

Jom Kongsi!

Ibu Mifzal

Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.


11 Responses

  1. donnyien berkata:

    syoknya ada kad komuter
    Jom baca entri di blog donnyien : 23 Fakta Mengenai Lelaki Yang Mungkin Wanita Belum TahuMy Profile

  2. ajumohit berkata:

    Eh ibu duk tg malim ke? dah dekatla ye? aju atay kat smpg pylai smpi jumaat ni, 😉
    Jom baca entri di blog ajumohit : Sinopsis Drama Cinta Itu MilikkuMy Profile

  3. ohcikgu berkata:

    wahh..baguslah. dah ada kad tuuu. leh pinjam nanti.
    Jom baca entri di blog ohcikgu : 3 Blog Pilihan TerbaikMy Profile

  4. Hafizul berkata:

    emm kalau ada kat jerteh komuter ni,best jugak kan..mesti jadi macam kancil masuk bandar kalau sy ke kuala lumpur..hahahaha
    Jom baca entri di blog Hafizul : 2012 Tahunku Yang KacakMy Profile

  5. kalau jarang guna mmg x rs sgt kan..tp kalau yg mmg pengguna tegar komuter mmg berbaloi sgt2 ada diskaun ni..
    Jom baca entri di blog Ibu Mifzal Arsyad : Dah Ada Kad Diskaun 50% – Kad Komuter 1MalaysiaMy Profile

  6. hairulafiz berkata:

    alhamdulillah dapat berjimat ye ibu…
    Jom baca entri di blog hairulafiz : Homemade Oreo CheeseMy Profile

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge