Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Pada pengguna KTM Komuter, dah dapatkan kad Komuter 1Malaysia dah? Ibu dah apply dah…dan selamat dah merasmikan kad tersebut ketika berulang alik ke Kuala Lumpur ketika  final exam minggu lepas.
Okay la..terasa jugak menjimatkan, sebab ada potongan 50%. Biasa tambang dari Tanjong Malim ke KL Sentral sehala RM7.00, jadi bila dah dapat diskaun dapat la tambang RM3.50 sahaja.. seminggu berulang alik, kalau tak ada diskaun, agak perit juga. 😀
Pada pengguna komuter yang belum dapatkan kad ini, boleh dapat kan sekarang. Tak susah pun procedure nak dapatkan kad ni. Boleh dapat kad ni time apply tu jugak..just isi borang dan kepilkan bersama salinan kad pengenalan. Tak perlukan slip gaji pun. Bayaran RM1 dikenakan bagi caj kad.
Kaunter juga dibuka di stesen-stesen komuter yang terpilih seperti Stesen Komuter Tanjung Malim, Kepong Sentral, Sentul, KL Sentral, Subang Jaya, Bangi, Sungai Gadut dan Bank Negara. Kaunter ini dibuka jam 10.00 Pagi – 8.00 malam bagi tempoh 21 Oktober – 21 November 2012 sahaja (bagi kaunter di stesen-stesen komuter yang terpilih seperti di atas). Selepas dari itu, kad hanya boleh di apply di kaunter Stesen Komuter di KL Sentral sahaja.
Permohonan secara online juga boleh dibuat. Sila klik link INI
Kad ini boleh digunakan sepanjang tempoh bermula 1 November 2012 sehingga 31 Oktober 2013
Ibu apply hari tu dekat Stesen Komuter Tg. Malim. Sekejap je beratur sebab tak ramai pun orang.
ps : seronok sebab dapat jimat duit tambang 😀
1,473 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
syoknya ada kad komuter
lagi syok sbb dpt diskaun..
Eh ibu duk tg malim ke? dah dekatla ye? aju atay kat smpg pylai smpi jumaat ni, 😉
tak..sy duk sungkai. jauh lg dr tg malim. sy selalu ke tg malim naik komuter situ bila nak ke kelas kt KL.
wahh..baguslah. dah ada kad tuuu. leh pinjam nanti.
hehe…kena tunjuk ic ms beli..pembelian kat kaunter je boleh..hehe kang terkejut plak cashier tu nnt..hikhik..
emm kalau ada kat jerteh komuter ni,best jugak kan..mesti jadi macam kancil masuk bandar kalau sy ke kuala lumpur..hahahaha
hehe…selalu la nmpk kt KL nnt..mau hari2 turun KL ni..hehe
kalau jarang guna mmg x rs sgt kan..tp kalau yg mmg pengguna tegar komuter mmg berbaloi sgt2 ada diskaun ni..
alhamdulillah dapat berjimat ye ibu…
itu la pasal..dapat jimat..hehe