uih!! lama sungguh ibu tak update blog. Dari sebelum raya sampai dah lepas raya. Sebulan lebih dah tak mengisahkan blog. Mood memang ke laut. Ini pun memaksa diri untuk menulis. Sayang pula blog ini dibiarkan bersawang. Kali ini, ibu ingin bercerita tentang cerita raya kami.
Sebelum itu, tidak terlambat untuk ibu ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada kengkawan semua. Masih di bulan Syawal :). Raya kali ini, ibu beraya di rumah mentua. Hari raya kedua baru pulang ke kampung ibu di Kelantan. Suasana raya biasalah meriah bila adik beradik Abah Mifzal semua berkumpul. Lengkap kami raya tahun ini. Semua ada.
Cerita Raya Kami
Yang teruja nak berhari raya sudah tentu si kecil ibu itu. Seronok Mifzal Arsyad. Tidak sabar-sabar nak memakai baju raya. Baju melayu buat Mifzal hasil keras tangan ibu. Berjaya juga menjahit 2 helai baju melayunya. Walapun jahitan tak sekemas tukang jahit, boleh la setakat nak dipakai :D.
1,438 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
Hehe..lama juga saya tak singgah ke blog Ibu..selamat hari raya..seronok lah budak kecik tu dapat duit raya,.,.hahaha
Takpa, raya sebulan. Sempat lagi buat entri raya tu. Hehe
Ibu Mifzal..Jengok2lah blog saya ye..kita sama kelas OD..hehe