Ramai yang telah menerima Bantuan Rakyat 1 Malysia 2.0. Kawan-kawan sepejabat ibu yang layak telah lama menerimanya. Namun kepada yang layak dan belum mendaftar, baik yang berkeluarga mahu pun yang bujang masa masih ada, masih berkesempatan untuk mendaftar sehingga 15 Mac 2013 ini. Di sini ibu kongsikan Cara Semakan Keputusan dan Rayuan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0.
Cara Semakan Keputusan dan Rayuan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0.
Cara Mohon BR1M 2.0
KLIK SINI untuk memohon BR1M 2.0 secara online.
Cara membuat Semakan keputusan BR1M 2.0
1. Melalui Pos
Pemohonan yang layak dan diluluskan permohonannya akan dimaklumkan melalui Pos. Surat pemakluman keputusan akan diedarkan secara berperingkat-peringkat.
2. Melalui Telefon
Semakan melalui telefon boleh dibuat di talian hotline 1-800-222-500 & 1-300-88-3010 bermulai 11 Februari 2013. Waktu operasi adalah dari jam 9.00 pagi – 5.00 petang.
Cara Membuat Rayuan Permohonan BR1M 2.0
Muat turun borang rayuan permohonan BR1M 2.0 di BorangRayuanBK07
atau memuat turun borang tersebut di laman sesawang LHDN
https://ebr1m.hasil.gov.my/manualPengguna/BorangRayuanBK07.pdf
ps : Ibu dan Abah Mifzal tidak layak mendaftar. Gaji kasar isi rumah kami hanya melebih sedikit sahaja dari syarat yang ditetapkan. Tidak mengapalah, kami redha. Bukan rezeki kami. Mungkin ada cabang rezeki lain pula kan. Lagi pun ibu juga ada menerima Baucar Buku 1 Malaysia. Tak adalah rasa terkilan sangat 😀
permohonan br1m tak lulus,pihak lhdn suruh buat rayuan dah macam pengemis pulak kita di buat nya.
Assalamualai. Sir, says belum dapat lagi PRIM. adakah maklumat says gagal? … says ingin membuat rayuan