Bola Sepak Liga Perdana Inggeris : Manchester United Belasah Arsenal (8-2)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Man United calar maruah Arsenal 8-2

2011/08/29

LONDON: Wayne Rooney mencipta hatrik pertama di awal musim Liga Perdana Inggeris bagi memastikan kemenangan besar Manchester United ke atas Arsenal 8-2 di Old Trafford, sebentar tadi.

Rooney meledak pada minit ke-40 dan 62, kedua-duanya menerusi sepakan percuma di luar kotak penalti sebelum melengkapkan hatrik pada minit ke-81.
United memperoleh gol awal menerusi Danny Welbeck pada minit ke-21 sebelum Asley Young meledak pada minit ke- Theo Welcott menyamakan kedudukan pada minit ke-27. Theo Walcott kemudian menyumbat masuk pada minit ke-48.

Masuk separuh masa kedua Nani meledak pada minit ke-65 disusuli Park Ji Sung pada minit ke-69 sebelum Robin Van Persie memperoleh gol kedua Arsenal pada minit ke-73.

Young sekali lagi merembat jaringan pada minit ke-90 untuk melengkapkan kemenangan bersejarah United 8-2.

Sumber : Berita Harian

perghhh…8-2 tu….ibu bukan la peminat kedua2 pasukan..tp terkagum jgk la..sbb jumlah jaringan gol yg banyak..tgk bola cam ni la best..ini kan..setakat 1-0 beza..cam syok sendiri je kan..hehe..

ps : x sabar tunggu saingan Piala Malaysia..hope The Red Warriors kekal juara 🙂

 655 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*