Ibu peminat drama Korea. Dek kerana minat, ibu pun cuba untuk belajar bahasa Korea. Tambahan pula, ibu selalu terpandang iklan kelas belajar bahasa Korea secara online. Menarik! Jadi pada awal bulan Januari dan Februari 2018 yang lalu, ibu telah ambil keputusan untuk mengikut kelas bahasa Korea secara online. Kelas ini adalah kelas berbayar. Namun, yuran yang dikenakan adalah sangat murah dan berpatutan.
Kelas Korean For Beginner ini dianjurkan oleh Mubako (Mudahnya Bahasa Korea). Ibu dapat info kelas ini di facebook Mubako. Untuk permulaan, ibu mengikuti kelas bahasa korea asas atau permulaan atau juga di panggil kelas GA BAN (초 급 한국어) Versi 1 – Early Korean. Kami berkomunikasi melalui aplikasi Telegram dan kelas diadakan pada hari Isnin dan Selasa, jam 8.30 – 9.30 malam selama sebulan.
Korean For Beginner
Kelas ini berkonsepkan pengajaran dan pembelajaran secara dua hala. Ibu dan beberapa pelajar diajar oleh seorang cikgu (손생님). Bukan setakat nota dan penerangan tetapi kami juga ada diberi latihan untuk memahirkan lagi asas bahasa ini. Di dalam kelas ini, antara yang diajar ialah pengenalan huruf Korean (한글) yang mempunyai 21 huruf vokal dan 19 huruf konsonan, nombor Korean yang mempunyai dua sistem iaitu Korean System dan juga Chinese System. Ibu juga diajar oleh cikgu untuk membina ayat yang mudah di dalam bahasa Korea. Untuk tahap permulaan ini, adalah tidak sesukar mana. Ibu juga dapat memahami dengan mudah dan berjaya membina ayat yang ringkas dan mudah.
Yang menariknya, susunan subject, verb dan object di dalam bahasa Korea agak berbeza dengan bahasa English. Susunan ayat yang simple adalah SUBJECT + OBJECT + VERB. Contoh ayat, saya makan nasi, di dalam korean di sebut 나는 밥을 먹어요 (naneun babeul meogeoyo). Na (saya) = Subjek, bab (nasi) = objek dan meogeoyo (makan) = kata kerja. Neun dan eul adalah particles. Kata kerja bagi makan di dalam bahasa korea adalah meogda. Haha..panjang pula penerangan ibu. Okay stop sampai sini je bagi contoh..nanti pening pula. hahaha….
Belajar Bahasa Korea Asas Tahap 2
Setelah tamat kelas GA BAN (초 급 한국어) Versi 1. Ibu terus menyambung ke peringkat kedua Asas bahasa Korea. Kelas ini dipanggil NA BAN (초 급 한국어) Versi 2. Kelas ini adalah sambungan daripada kelas tahap pertama. Dan, hanya pelajar yang habis kelas GA BAN sahaja yang dibenarkan mengambil kelas NA BAN. Di dalam kelas ini dengan konsep kelas yang sama seperti tahap pertama, ibu dan pelajar-pelajar lain dibekalkan sebuat buku nota dan latihan (Volume 1). Buku ini mengandungi 8 topik dan setiap topik disertakan dengan dialog dan latihan. Kami perlu membaca dan merakam dialog yang diberi dan dikongsikan di dalam group Telegram untuk disemak oleh cikgu. Cikgu akan membetulkan sebutan yang tidak tepat. Ia sangat menyeronokkan bagi ibu.
BACA INI : Belajar, Belajar dan Belajar
Mujur asas pengenalan huruf dan membaca bahasa Korea sudah ibu ada sebelum menyertai kelas online ini, jadi ibu tidak menghadapi banyak masalah untuk membaca dialog yang diberikan. Walaupun kadang-kadang tergagak juga membacanya…hehe. Di dalam kelas NA BAN, kami banyak diajar mengenai tatabahasa atau grammar di dalam ayat. Ayat juga lebih panjang berbanding dengan tahap GA BAN dan bagi ibu memang agak susah dan mencabar. Kelas ini juga diadakan selama sebulan.
Setelah tamat kelas NA BAN, ibu berkira-kira juga untuk meneruskannya ke tahap seterusnya. Menurut cikgu, ada 4 tahap yang perlu dihabiskan. Namun dek kerana kekangan masa dan kesibukan, buat masa ini, ibu hanya sempat untuk mengikuti 2 level ini sahaja. Insya Allah, jika diberi peluang, ibu akan menyambung kelas bahasa Korea ini untuk menambah kemahiran ibu di dalam berkomunikasi menggunakan bahasa Korea pada masa hadapan.
4,175 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
Leave a Reply