Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Beberap hari membiarkan blog ini tidak di update..
Seperti yg sedia maklum, hari ahad lepas boboy ibu kena warded disebabkan asma dan ada sedikit jangkitan kuman dalam paru-paru disebabkan oleh batuk yang agak teruk. Entry sebelum ini, ada ibu ceritakan mengenai pengalaman pertama Mifzal Arsyad kena sedut gas…ibu ingatkan lelahnya akan bertambah baik..namun sebaliknya pula yang berlaku…walaupun aktif…mmg ketara nampak nafas boboy yang masih tercungap-cungap..jadi, ibu dan abah mifzal ambil keputusan untuk dapatkan rawatan di hospital pula..
Pagi Ahad tu mmg cepat2 kami ke hospital…ibu mana yang x risau anak sakit kan..Di hospital, setelah ambil dua kali nebulizer pun nafas boboy masih berbunyi…masih tak okay..jadi, doktor yang merawat di unit kecemasan menyarankan untuk x ray dada n ambik darah…ibu iakan aja..buat la doktor apa saja pun asal anak ibu sihat… masa tu terbayang tangan anak ibu dicucuk..alahai..mesti sakitkan..
Selepas x ray, doktor dapati telah ada jangkitan kuman dalam paru-paru..mujur cepat cepat bawa ke hospital. Bermalam la kami dua beranak di Ward No.2 Hospital Slim River. Dalam ward, boboy kena ambil nebulizer 6 jam sekali di samping kena ambil tambahan oksigen 24 jam juga dan ubat-ubatan lain.
Mujur tak lama kami di ward…hari ke 3, boboy dah tunjukkan tanda2 makin pulih. Dalam kul 4 petang dapat discharge…syukur ibu kepada Allah.
Dirumah pun Mifzal kena terus ambil ubat singular air tu…kalau ikutkan sehingga 2 bulan, sepeket setiap hari campur dlm susu..tp doktor kata, hospital x leh bekalkan stok sampai 2 bulan sbb x cukup stok..tgk dlm ms dua minggu ni, kalau asma nya okay..stop makan. Banyaknya dik bahan kimia dln badan bila kena makan ubat berterusan ni…huhu..maafkan ibu ya sayang.
Lagi 2 bulan ada follow up check up…so dr skang ibu kena isi jadual asthma chart tu..hari2.. Doktor nak tgk perkembangan penyakit asma.
Ps : Terima kasih banyak2 ya kawan2 sbb doakan Mifzal Arsyad ibu lekas sembuh.
1,989 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
saya pun ada prob paru2 berkuman jugak, memang susah nak nafas.
kena cepat check..bahaya kalau ada jangkitan kuman kat paru2
dlm family ada yg asma ker?? moga cepat sembuh yer… cian la kena cucuk, pastu kena mkn ubat lagi… kalau jenis senang mkn ubat xpe… kalau mcm Alya, mau stress ibunya..
Kalau ikutkan sy ms kecik ada lelah. Ms dah besar ni..jrg dh kena..last thn 2008 kot tp x de la teruk…thansk zie…skang dh nmpk ok dah..
Boboy dulu mmg pyh gak makan ubat tp skang ok sket..itu pun kena pujuk gak…
Emm Alhamdulillah…Harap mifzal arsyad terus kuat untuk hadapi semua ni..cian ank ibu ho..