Seperti yang telah diketahui umum, harga baru minyak petrol akan diumumkan oleh pihak Kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada setiap hari Rabu selaras dengan pelaksanaan penetapan harga jualan runcit petrol dan diesel secara minggu. Sebelum ini, perubahan harga minyak diumumkan setiap bulan sekali. Kaedah penetapan baru ini dijangka akan memberi kesan yang lebih baik kepada pengguna kerana tempoh pengiraan purata kos produk petroleum yang siap diproses dan kadar tukaran wang asing menjadi semakin pendek iaitu selama 7 hari sahaja. Ia juga membolehkan trend harga runcit menjadi lebih stabil berbanding harga bulan yang dilaksanakan sebelum ini. Bagi memudahkan para pengguna untuk semak harga terkini minyak petrol RON95, RON97 dan Diesel, satu aplikasi yang boleh dipasang di telefon pintar telah diperkenalkan.
SyokDriver – Malaysia Cheapest Petrol/Diesel Price, aplikasi percuma yang dibangunkan oleh Agmo Studio Sdn. Bhd. ini memberi kemudahan dihujung jari bagi menyemak dan membandingkan harga minyak petrol dan diesel yang ditawarkan di stesen-stesen minyak yang berdekatan dengan lokasi pengguna.
BACA INI : Harga Minyak RON97, RON95 & Diesel Tanpa Subsidi 1 Disember 2014
Fungsi Aplikasi SyokDriver – Untuk Semak Harga Terkini Minyak Petrol
Aplikasi ini mempunyai antaramuka yang menarik dan juga fungsi-fungsi berikut:-
– Akses pantas semakan harga minyak petrol dan diesel
– Senarai dan lokasi stesen minyak yang berdekatan
– Boleh membuat laporan terhadap pemandu yang berhemah dan tidak berhemah di jalan raya
– Boleh berbual melalui fungsi chat dengan pemandu-pemandu yang berdaftar dengan aplikasi ini.
Ibu sudah pun memasang aplikasi ini di telefon ibu. Aplikasi ini juga menghantar pemberitahuan untuk memaklumkan harga minyak baru telah diumumkan, jadi mudah kerja kan, tak perlu nak google-google dah. Sedia duit yang cukup, boleh isi minyak dengan senang hati…hehe
Bagi yang berminat untuk memasangnya di telefon pintar masing-masing, sila klik pada link di bawah :-
*Nota : Harga yang dipaparkan di dalam gambar adalah bukan harga terkini minyak petrol dan diesel
1,745 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
kasihan pengusaha petrol yang terkesan dengan naik dan turun harga ni, kene standby modal yang besar bagi menampung kerugian mereka
ya jugak kan.
aida redha jer dgn harga petrol ni.
amik tahu sekadar tahu je.
sebab da sah2 kena isi petrol.
moga ekonomi kembali ok & kita dpt subsidi petrol semula kan.
itu lah..harga petrol naik pun cam dh lali rasanya..sbb mcm2 mana pun kena isi jgk minyak kan..kalau x x dpt bergerak la plak keta ..huhu