Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
pagi2 hari cuti ni..rs ada mood nak bergosip plak..ihik..ibu baca kat Murai.com.my pasal kenyataan Rozita Che Wan hanya akan berkahwin dengan lelaki bujang je..even status dia adalah janda…ya la ibu faham..wanita mana yg sanggup berkongsi kasih..anak dara ke..janda ke..isteri org ke..semua tak mau berkongsi..itu lumrah la perasaan seorang wanita..cuma ada juga yg ditakdirkan Allah SWT utk berkongsi suami..kena la terima…mmg la cakap senang kan..nak buat susah..huhu..
KUALA LUMPUR, 16 OGOS 2011: Pelakon jelita, Rozita Che Wan, 38, akui hanya akan mempertimbangkan lelaki bujang sahaja untuk menjadi bakal suaminya di masa akan datang.
Malah Rozita Che Wan yakin lelaki bujang adalah calon yang terbaik yang boleh menjaga dan menjamin masa depannya sebagai ibu tunggal kepada Ammar Effendy, 15, dan Aniq Ezzra, 12.
“Terus-terang saya katakan, saya lebih prefer lelaki bujang untuk menjadi suami saya nanti. Saya rasa lelaki bujang sahaja yang dapat menyakinkan saya untuk terima saya dan juga anak-anak saya.
“Yelah, bayangkan kalau saya kahwin dengan lelaki duda yang juga ada anak, silap-silap anak saya juga terabai daripada mendapat kasih sayang. Saya mahu lelaki yang boleh memberi sepenuh kasih sayang kepada anak-anak saya juga. Kalau tidak lebih baik saya tak payah kahwin.
“Lagi satu saya rasa akan bertambah masalahnya jika saya berkahwin dengan duda atau suami orang. Nak tak nak mesti mereka masih terlibat dengan bekas isteri dan isteri masing-masing. Jadi kalau saya nak kahwin biarlah elak daripada perkara semua itu.
“Apa yang penting, saya mahu suami yang saya kahwini nanti, saya akan sayangkanya dengan sepenuh hati supaya apa sahaja kemahuan dan kerenah dia saya boleh layan dengan ikhlas,” jelasnya kepada murai.com.my
Apabila ditanya bilakah dia akan menamatkan status sebagai ibu tunggal yang dipegangnya selama 9 tahun itu, Rozita Che Wan memberitahu kalau boleh dia mahu menamatkannya dengan secepat yang mungkin.
“Saya pun dah lama hidup sendiri tanpa teman istimewa. Nak berumah tangga itu memang ada tetapi saya belum ada teman istimewa yang serius setakat ini.
“Kalau dah ada, kalau boleh tahun ini juga saya mahu berkahwin. Lagipun sayu jugak rasa hati saya bila lihat adik-beradik saya semua sudah berkahwin dan tingga saya seorang saja yang tanpa suami. Apa-apa pun saya hanya berserah kepada jodoh,” luahnya lagi.
Baru sahaja pulang daripada menunaikan umrah buat kali yang kelima di Tanah Suci Mekah, Rozita memberitah, antara doanya di sana adalah supaya dipercepatkan jodohnya dengan lelaki yang baik dan boleh membimbingnya dunia dan akhirat.
“Alhamdulila, ini bukan kali pertaa saya menunaikan umrah ketika bulan Puasa. Nikmatnya ke umrah kali ini berbeza apabila saya ditemani dengan hampir semua adik beradik dan ibu bapa saya.
“Hati saya sangat gembira dan tenang selama mengerjakan ibadah di sana. Saya tak lupa untuk berdoa supaya dipercepatkan jodoh yang baik untuk saya,” tambahnya yang cukup manis bertudung di majlis sidang media program raya Astro yang berlangsung di Saloma Bistro, malam semalam.
Rozita yang sedang menjalani pengambaran drama Biarlah Rahsia selepas ini hanya akan bercuti raya selama beberapa hari sebelum meneruskan penggambaran drama bersiri Kiah Perkasam Musim 2 pada raya ke-4.
Sumber : Murai
ps : tp kalau nak cari pasangan…asal jgn suami org sudah..duda ada anak pun ok kot kak rozita..heheh..
1,166 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
hrp2 dia kotakan pe yg dia ckp … jgn rembat somi org tau … x baik tuk kesihatan