Hehe. Rasa malu sebenarnya. Orang lain dah ke bulan, tapi ibu baru nak berjinak-jinak ngan blog ni. Memang dari dulu lagi ada keinginan hendak aktif blogging seperti kawan-kawan blogger yang lain tetapi selalu tidak ada kesempatan. Bila buka laptop, mesti masuk forum M.com. Di situ lah tempat lepak ibu hari-hari. Mentang-mentang tak ada kerja sangat kan. Duduk mengadap komputer sahaja.
Sejak bertukar tempat kerja ini (dulu Lipis skang Tapah). Kerja ibu memang rileks. Tak macam kat tempat kerja lama. Di sana agak tension tapi di sini happy. Mungkin salah satunya sebab dah dapat duduk sama dengan suami dan anak.
Cuba Aktif Blogging
Blog ini pun masih baru sebenarnya. Ada entri-entri yang ibu terbitkan menggunakan domain blog lama. Kali ini, ibu cuba aktifkan diri berblogging dan cuba untuk menyusun atur entri-entri terdahulu dengan kemas. Banyak yang hendak dikongsikan dengan pembaca blog semua terutamanya kisah anak kesayangan ibu.
Perkembangan Baby Mifzal
Bercakap pasal anak ini, anak ibu, Baby Mifzal sekarang sudah berusia 7 bulan lebih. Baru sahaja lepas demam. Tapi masih belum sihat sepenuhnya, masih mengalami cirit-birit. Dan sekarang pula, ada naik bintik-bintik merah dan ruam di muka dan badan. Ibu agak kena demam campak. Huhu. Risau betullah. Tak sampai hati nak tengok si kecil ini tak bermaya. Tidak bermaya kerana cirit-birit. Ketika demam, gaya macam tidak demam pun, sebab aktif sahaja. Apa pun kena rujuk yang lebih pakar.
BACA INI : Salam Perkenalan Dari Ibu & Baby Mifzal
Doakan Baby Mifzal lekas sembuh ya. Terima kasih.
1,256 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
baru la seronok dh duk sekali 1 family..
duk jejauh ni.. aduh.. perit nk tggung rindu..
happy blogging!
betul kakngah. tak tahan rindu kalau berjauhan dengan family. cukup lah setahun berjauhan..hehe