Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Ibu nak kongsikan ilmu yang ibu baca di page Facebook Ustaz Azhar Idrus. Jom kita pelajari adab dalam menuntut ilmu supaya ilmu yang kita pelajari itu mudah untuk kita fahami dan amalkan serta memberi manfaat pada kita.
Adab Menuntut Ilmu
1. Ikhlas Menuntut ilmu tidaklah untuk lulus dalam perperiksaaan, untuk bergaji tinggi, untuk dikatakan orang yang bijak pandai atau lain2 niat melainkan hanya kerana Allah SWT.
Daripada Ibn Umar RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang menuntut ilmu kerana selain daripada Allah SWT ataupun menghendaki menuntut ilmu selain daripada kerana Allah SWT, maka disediakan tempat duduknya daripada neraka.” [HR Tarmizi]
2. Beradab dengan orang yang memberi ilmu
Berkata Imam Syafie : “Siapa yang ingin dibuka hatinya oleh Allah, maka hendaklah ia bersunyi diri, sedikit makan, menjauhi daripada bergaul dengan orang yang bodoh, dan membenci orang yang tidak berlaku adil dan tidak beradab daripada kalangan mereka yang berilmu” [Syarah Mazhab, jilid 1, m/s 31]
3. Banyak Sabar
Imam Syafie pernah berkata: “Tidak diperolehi ilmu kecuali dengan bersabar atas kesengsaraan.” [Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, m/s: 237]
4. Tulis setiap yang dipelajari
Kata Abu Hurairah ra: “Tidak ada seorangpun daripada sahabat Rasulullah SAW yang paling banyak meriwayatkan hadis kecuali Abdullah bin Amr bin al Asr, maka sesungguhnya dia telah menulis dan aku tidak menulis” [HR Ahmad dan Baihaqi]
5. Tawadhu’
Imam Ahmad bin Hambal berkata: “Kami disuruh supaya tawadhu’ (rendah diri) kepada siapa yang kami pelajari ilmu daripadanya.” [Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, m/s 274]
6. Menjahui dari makan banyak
Ibn Jama’ah berkata: “Sebesar-besar perkara yang menolong seorang penuntut ilmu dengan kefahaman dan tidak rasa jemu adalah makan sekadarnya daripada makan yang halal.” [Kitab Fadhlu al Ilmi m/s 222]
7. Tidur yang sedikit
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman (syurga) dan mata air, mereka mengambil apa yang diberikan Tuhan kepada mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu (di dunia) adalah orang-orang yang berbuat baik; mereka sedikit sekali tidur di waktu malam dan pada akhir malam mereka meminta ampun (kepada Allah SWT).” [Az Zariyat 51 : 15 – 18]
8. Kurangkan berkata-kata yang tidak menfaat
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka bercakaplah dengan perkataan yang baik ataupun diam.”
Wallahua’lam ps : bila diteliti banyak adab menuntut ilmu yang tak ibu amalkan. Mungkin juga menyebabkan susah nak ingat bila membaca. lepas ni kena berubah dan cuba amalkan adab-adab ini.
ps : Jom kita amalkan adab-adab ini. 🙂
873 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
Sambung belajar bila usia makin meningkat memang letih kan Mummy, nak pulak kena travelling, family lagi plus komitmen lain lagi. Pernah lalui tu, dan bakal lalui yang baru pulak lagi sekali. InsyaAllah!
terima kasih untuk perkongsian ni..bard tak nafikan yg dulu masa bard belajar, lebih kepada nak jawab periksa je…tu yang sekarang banyak yang dah lupa..huhu..
menuntut ilmu ke akhirnya, tq for good sharing
thanks for sharing 🙂
info yg sgt berguna 🙂
sama2. sharing is caring 🙂