14 Lokasi Kemalangan Maut Di Kenal Pasti Di Perak

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

IPOH: Polis Perak mengenal pasti 14 lokasi di negeri ini yang didapati kerap berlaku kemalangan maut terutama menjelang perayaan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahalan, berkata antara laluan itu ialah Jalan Ipoh-Simpang Pulai, Ipoh-Teluk Intan, Ipoh-Butterworth, Jalan Sitiawan-Taiping, Ipoh-Lumut, Ipoh-Kuala Lumpur dan Teluk Intan-Hutan Melintang.

Lokasi lain ialah Sri Manjong-Simpang Lekir, Sitiawan-Teluk Intan, Lebuhraya Timur Barat Gerik-Jeli dan Ipoh-Taiping, katanya di sini, hari ini.
“Sehubungan itu kita menempatkan seramai 234 anggota polis trafik di lokasi strategik mulai minggu depan sempena operasi di musim perayaan bermula 22 Ogos hingga 16 September ini,” katanya yang ditemui selepas menghadiri perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen.

Mohd Shukri berkata, melalui operasi kali ini, pihaknya mensasarkan penurunan kadar kemalangan sekurang-kurangnya lima peratus.

“Pada operasi sebelum ini, kita berjaya menurunkan kadar kemalangan sebanyak lima peratus dan pada tahun ini kita optimis sasaran yang sama akan dicapai,” katanya.

Katanya, operasi tersebut turut membabitkan Jabatan Pertahanan Awam, Bomba dan Jabatan Pengangkutan Jalan dan beberapa agensi lain. – BERNAMA

Sumber : Berita Harian

Dari petikan berita tu ibu nak highlightkan lokasi @ jalan raya yg kerap berlaku kemalangan maut di negeri permastautin ibu ni..sbb antara jalan tu pun ada jalan yg kami guna untuk pulang berhari raya di kampung. Antara lokasi itu adalah seperti berikut :

  • Jalan Ipoh-Simpang Pulai,
  • Jalan Ipoh-Teluk Intan,
  • Jalan Ipoh-Butterworth,
  • Jalan Sitiawan-Taiping,
  • Jalan Ipoh-Lumut, 
  • Jalan Ipoh-Kuala Lumpur,
  • Jalan Teluk Intan-Hutan Melintang,
  • Jalan Sri Manjong-Simpang Lekir,
  • Jalan Sitiawan-Teluk Intan,
  • Jalan Lebuhraya Timur Barat Gerik-Jeli,
  • Jalan Ipoh-Taiping.

ps : kena berhati2 sesama memandu n jgn pentingkan diri sendiri..kalau semua org nak cepat habis la..biar lambat asal selamat sampai ke destinasi..bukan musim perayaan je..hari2 biasa pun kena sentiasa berhati-hati.

 687 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*