TM EVDO Wireless Modem (Streamyx Wireless)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Teruja sebenarnya untuk berkongsi cerita mengenai TM EVDO Wireless Modem yang telah pun diaktifkan akaun ibu pada 2 hari yang lepas. Terus terang, sebelum ini, ibu tak pernah tahu pun yang TM turut menawarkan pakej jalur lebar seperti ini. Ingatkan hanya pakej streamyx yang kena pakai line telefon tu sahaja yang ada..hehe…Mujur juga terbaca info mengenai EVDO Wireless Modem TM di blog Pondok Kecil. Baru lah ibu tahu, rupanya TM pun ada tawarkan wireless modem macam Maxis, Celcom, DiGi & etc.  Cuma bezanya, modem EVDO TM ni besar gabak..antenna pun kemain tinggi. Modem ini juga memerlukan power source untuk hidupkannya.

tm evdo wireless modem

Ibu sebelum ini pun memang sudah melanggan pakej streamyx combo (streamyx wired) tetapi streamyx area sini memang selalu problem. Selalu hadapi masalah connection yang sekejap ada sekejap tak ada dan masalah kecurian kabel yang kerap. Boleh dikatakan hampir setiap bulan mesti ada buat report kat TM mengenai masalah streamyx ni. sekali dua boleh tahan lagi, tapi kalau dah selalu memang fedup. Nak guna alternatif lain selain streamyx seperti broadband Maxis  pun tak boleh juga sebab coverage x sampai. kalau area rumah-rumah yang ke depan sikit tu dapat la line 3G. Pernah juga handphone ibu dapat detect line 3G Maxis, tp sekejap saja..mungkin kebetulan gelombang tu dibawa angin kot..susahkan duduk kat tempat yang jauh dari coverage ni. tak banyak pilihan.

evdo modem signal

Setakat sehari dua guna EVDO Streamyx Wireless ni, nak kata puas hati sangat pun tak sebab masa awal-awal dah ada masalah connection. hanya 1 device je connected to EVDO ni..yang lain tak boleh connect. Kat rumah ni, ada 4 device (1 laptop, 1 PC & 2 smartphone. Mula-mula hanya PC sahaja dapat connect. lepas ibu google cr jalan penyelesaian..ibu gunakan static IP. bila masukkan IP address, gateway n etc kat laptop..alhamdulillah..dapat connect n surfing internet. Beres 1 masalah. Tinggal 2 lagi smartphone yang tak boleh connect…ibu try cara yang ibu gunakan kat laptop..iaitu masukkan static IP..rupanya ada value yang berlainan setting nya.. nilai DNS 1 atau primary DNS ni tak sama dengan subnet mask 255.255.255.0 tu. Ia depend pada value yg modem tu beri.. hehe dan selepas masukkan value yang sepatutnya.. lega sbb dah dapat connected. Yesss!!! masalah dah settled

setting static IP di android phone

Komen ibu, selepas menggunakan EVDO ni? Boleh lah..kalau tanya dari segi speed loading page..sama je macam streamyx wired dulu..tak lambat sangat..tidak laju sangat. dan mengikut apa yang ibu google kat internet n tanya technician yang pasang tu..kelajuan evdo ni bergantung pada signal. kalau takatt 4 bar, laju download speed leh g sampai 512kbps w/pun pakej yang dilanggan hanya setakat 384kbps sahaja. Dan, yang penting, bil bulanan yang jimat. sblm ni langgan streamyx yang pakej RM60 + line telefon (RM10)..tapi skang bulanan hanya RM38 sahaja. ibu dapat ambil yang pakej jimat tu..ala yang untuk orang yang pendapatan RM3000 ke bawah tu..promosi setakat 31 Ogos 2012..dah habis dah..mula-mula confius jugak..sbb kat borang syarat-syarat yang dicatat adalah pendapatan isi rumah tak boleh melebihi RM3000.. tapi bila ibu tanya person incharge kat TM Tapah tu.. dia bagitau pendapatan ibu seorang sahaja.. kalau gaji ibu sahaja..memang boleh apply sangat lah. .tapi kalau campur nga gaji Abah Mifzal tak dapat la mohon….kena la ambil pakej yang RM75 sebulan..hehe..gembira sbb dapat jimat duit bayar bil internet nnt..hehe.

Lagi satu kelebihan EVDO Modem ni boleh dibawa kemana-mana sahaja dan boleh digunakan di kawasan yang ada coverage..ala macam broadband maxis, celcom n etc la juga tapi versi besar dan perlu ada power source, kalau tak, tak boleh ON jugak hehe..Pada ibu, berbaloi la langgan bagi penguna yang tinggal di kawasan luar liputan Streamyx,Maxis, Celcom & etc ni..opss juga sesuai pada kawasan yang Streamyx selalu problem macam kes kat kawasan rumah ibu ni. Selain itu, jika broadband maxis dan yang seangkatan dengan hanya boleh disambungkan pada 1 device sahaja dalam satu-satu masa, tetapi EVDO boleh disambungkan kepada banyak banyak device…

Pada yang berminat untuk melanggan juga, boleh la tengok dulu coverage ada ke tak kat kawasan anda.

ps : senyum lebar Abah Mifzal, sebab jimat duit dia bayar bil selepas ini..hehe

 3,125 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

43 Comments

  1. assalamualaikum.
    jika ada sesiapa berhajat nak let go TM modem evdo yg masih boleh guna. sila whatapps saya yer di 01129498828.

    sekian terima kasih

  2. salam semua..maaf ya sbb lmbt reply pertanyaan kawan2 mengenai setting evdo..entry ni entry lama n sy publish masa sy guna evdo..tp skang ni sy dah x guna evdo ni..dah bagi kat keluarga dikampung.. so sy x dpt nak share setting utk bantu masalah kawan2. sy harap..kawan2 boleh terus telefon pihak TM bahagian teknikal utk tanyakan setting tersebut.

    maaf juga sebab tidak dapat membantu 🙁

  3. salam…saya memakai modem jenis yang sama macam puan(EVDO)tapi sya ada masalah dengan connection dengan, smartphone saya harap puan dapat menyelesaikan masalah saya tu????

  4. Salam..saya guna evdo jgk,tp masaalah skrg ni smartphone saya takleh connect sedangkan yg ank2 saya punya boleh..ada jgk kekawan cakap jika android kita 4.0 tkleh connect,betul ke?harap ibu dapat tolong.
    Please email saya..

  5. Salam. saya nk mnta tlg jasa baik puan utk bagi saya static ip untuk laptop dan android smartphone boleh? untuk yang evdo punya. Smartphone saya tak boleh connect ke evdo.

  6. dulu boleh je line TM kat tempat sy belajar ni connect dgn smart phone sy, tapi hari tu tetibe je da xleh masuk. nak loggin pun x loading. harap ibu dapat membantu.

  7. assalamualaikum puan…saya nk mnta tlg jasa baik puan utk bg saya ip statc untuk lptp n android smartpn bole? evdo….

  8. Salam. saya nk mnta tlg jasa baik puan utk bagi saya static ip untuk laptop dan android smartphone boleh? untuk yang evdo punya. Smartphone sya tak boleh connect ke evdo.

  9. Salam puan…smartphone saye gagal detect evdo…minta tlg jasa baik puan utk email kn saye static ip ye…

  10. ibu …saya punya android masih lg xblh serf internet dgn modem evdo nii.android dgn modem blh connect dh wifi apa masalahnya boleh kongsi??

  11. Emm ibu merasa la kan macam mana evdo ni..sy rasa putus angin dah ni…ntah la..tak pe..asalkan masih boleh loading blog, ok la..masalah bila nk buat BW..lambat sikit la BW kita kalau pakai EVDO ni..mungkin juga area kampung sy dan rumah sy tu jauh dari pencawang dia kot..hehe..tu pasal slow..

  12. Ibu, tm guna wireless dari celcom ke atau memang tm punya sendiri. Agak konfius la jugak dengan menda ni. Berminat tapi masih blurrr..

    • streamyx wireless daripada TM. kalau ada coverage kat area cikgu..boleh apply kat TM point. ia x sama dengan streamyx yang guna line telefon sbb yang streamyx wireless ni tak perlukan line telefon..janji ada coverage..just plug kt power source n boleh surfing dah…dan sebenarnya x sama juga dgn broadband telco lain sbb modemnya boleh connect pd byk devices.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*