Telco Manakah Yang Bagus Untuk Streaming Di Kawasan Anda?


(Telco Manakah Yang Bagus Untuk Streaming Di Kawasan Anda?)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Guna data untuk lihat streaming menggunakan Youtube? Ibu salah seorang daripadanya. Kalau di rumah memang jarang guna data untuk online sebab dah guna Streamyx. Tapi kalau masa bekerja, outstation, outing, travel memang semestinya guna data. Ibu menggunakan carrier network Celcom. Bila guna data ni kan, yang buat ibu geram bila nak tengok video di youtube. Selalu sangat buffering. Sakit hati, tengah syok-syok layan video, alih-alih buffering pula, kalau sekejap tak mengapa juga ini memanjang asyik buffering sahaja. Boleh mendatangkan amarah tau! Anak ibu, Mifzal juga suka menonton video kartun kegemarannya melalui youtube. Bila tiba-tiba line internet slow, meragam lah dia, tak dapat tengok video kartun yang dia suka.

logo youtube

Mungkin dapat menyelami masalah pengguna, YouTube baru-baru ini telah memperkenalkan perkhidmatan yang dinamakan Video Checkup From YouTube yang membolehkan YouTube memeriksa kualiti streaming rangkaian mereka. Melalui Youtube Video Checkup ini, anda kini boleh untuk mengenalpasti telco manakah yang paling terbaik di kawasan sekitar anda untuk kegunaan streaming.

Walaubagaimana pun, data yang ditunjukkan oleh Google ini hanya meliputi 4 jenis telco utama iaitu Maxis, Celcom, Digi dan U-Mobile sahaja untuk mengakses video SD dan HD dengan mengguna aplikasi Youtube.Bagi lain-lain telco seperti Yes, Webw, Altel, ONEXOX dan sebagainya masih belum tersenarai.

ibu turut membuat semakan telco yang mana lebih bagus untuk streaming di kawasan ibu. Keputusannya adalah seperti gambar di bawah. Data menunjukkan Celcom dan Maxis mempunyai kualiti yang bagus untuk penstriman HD, manakala U-Mobile hanya bagus untu SD dan Digi pula akan mengalami sedikit buffering ketika menonton video secara online. Kualiti streaming di kawasan ibu tidak sebagus mana, biasalah pekan kecil je..hehe. Untuk menyemak kualiti rangkaian streaming di kawasan anda, boleh layari https://www.youtube.com/videocheckup

semak prestasi streaming guna data



Jom Kongsi!

Related Posts:

  • No Related Posts
644 Dibaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


6 Comments