Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB) Percepatkan Pinjaman

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Bagi yg ingin memohon boleh la klik link2 di bawah ini

Pemohonan melalui talian dapat kelulusan serta-merta

PUTRAJAYA: Pemohon pinjaman perumahan kerajaan akan menerima keputusan permohonan masing-masing serta-merta selepas butir-butir diisi secara dalam talian menerusi Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB) yang dilancarkan semalam.



Bagi permohonan yang diberikan kelulusan bersyarat itu, mereka hanya perlu menyerahkan dokumen sokongan dalam tempoh 14 hari bekerja sebelum kelulusan sepenuhnya diberikan, manakala yang gagal boleh memohon semula.

Setiausaha Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan, Datuk Shuib Md Yusop, berkata sebelum ini, kakitangan awam terpaksa menunggu sehingga sebulan untuk mendapat kelulusan permohonan pinjaman perumahan masing-masing yang dilakukan secara manual.

Continue reading