Drama Dalam Hati Ada Taman

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Drama Dalam Hati Ada Taman, lakonan Randy Pangalila dan Elfira Loy akan menemui peminat bermula hari ini, 29 Oktober 2012 di Astro Ria jam 9.30 malam. Ibu pasti ramai yang tak sabar untuk menonton drama ini berikutan kejayaan telefilem Biar Mimpi Sampai Ke Bintang sebelum ini yang turut menggandingkan dua pelakon utama ini. Drama ini diarahkan oleh Micheal Ang dan akan bersiaran selama 13 episod. Ia juga turut dibintangi oleh Haniz Suraya, Amy Mastura, Didie Alias, Sharifah Sakina, Liza Abdullah, Faizal Hussien dan ramai lagi.

Drama dalam hati ada taman

Sinopsis Drama Dalam Hati Ada Taman

Mengisahkan seorang ibu tunggal (Amy Mastura) yang bersendirian membesarkan anak perempuannya Bella (Elfira Loy) di kota Paris. Dia sanggup lakukan apa sahaja agar anaknya dapat dibesarkan dengan sempurna. Bella bekerja di kedai pastri untuk menyara diri dan ibunya. Di kedai pastri, dia berkenalan dengan Randy (Randy Pangalila) yang turut sama bekerja di kedai pastri tersebut. Randy sudah pun mempunyai tunang yang seksi iaitu Sofea (Hanez Suraya).

Bella dipaksa berkahwin dengan jejaka yang tidak dicintai iaitu Danial. Kerana terdesak dia meminta bantuan Randy menyamar sebagai tunangnya. Konflik demi konflik, dalam masa sama Randy dalam diam sebenarnya mencintai Bella, begitu juga dengan Bella.

Drama-Dalam-Hati-Ada-Taman pelakon

ps : tak tau la dapat tengok ke tak..ermmm

 2,472 jumlah dibaca,  2 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*