Senarai 77 Syarikat Pelaburan Tidak Sah


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Terbaca info di facebook mengenai 77 syarikat pelaburan yang tidak sah telah disenaraikan oleh Bank Negara Malaysia. Ini boleh dijadikan panduan kepada semua agar tidak menjadi mangsa entiti/individu yang suka mengambil kesempatan.

Mesej Daripada Bank Negara Malaysia (BNM)

Peringatan kepada Semua Pengguna

Bank Negara Malaysia (BNM) ingin memberitahu orang ramai mengenai senarai syarikat dan laman sesawang yang tidak diberi kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh BNM.

Sila ambil perhatian bahawa senarai ini bukan senarai sepenuhnya. Senarai ini hanya bertujuan sebagai panduan kepada orang ramai berdasarkan maklumat dan pertanyaan yang diterima oleh BNM. Senarai ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa untuk rujukan orang ramai.

Senarai Syarikat Pelaburan Tidak Sah

Bagaimanakah untuk mengenalpasti skim tidak sah?

Orang ramai dinasihati untuk berwaspada dan tidak terpedaya dengan skim tersebut. Sentiasa berhati-hati dan perhatikan ciri-ciri lazim yang terdapat pada skim ini seperti yang berikut:

  • Pengendali mungkin berhubung melalui surat, telefon, Internet atau secara bersemuka, namun niatnya tetap sama iaitu mendapatkan wang daripada mangsa yang tidak menaruh syak wasangka untuk barangan atau perkhidmatan yang sememangnya tidak akan disediakan.
  • Skim yang menjanjikan kadar faedah, pulangan atau keuntungan yang jauh lebih tinggi daripada yang ditawarkan oleh institusi kewangan berlesen untuk wang deposit mereka.
  • Janji pulangan yang tinggi adalah bertujuan untuk menarik minat orang ramai supaya menyertai skim ini dan pelabur mungkin tidak diberikan sebarang salinan dokumen termasuk perjanjian dengan pengendali tersebut.
  • Tiada jaminan bahawa pengendali dapat terus memberikan pulangan yang tinggi.
  • Pada permulaan skim ini, pengendali akan menggunakan wang yang diterima daripada pendeposit baharu untuk memberikan pulangan tinggi atau membayar semula amaun prinsipal kepada pendeposit lama.
  • Walau bagaimanapun, pengendali tidak dapat melaburkan deposit dalam usaha niaga atau pelaburan yang dapat memberikan pulangan yang sama atau yang lebih tinggi. Oleh yang demikian, pengendali tidak dapat mengekalkan pulangan yang tinggi atau membayar semula wang pelabur seperti yang dijanjikan.

Sila ambil perhatian bahawa skim ini akhirnya akan gagal apabila pengendali tersebut tidak menerima deposit baharu secara berterusan. Pada masa itu, skim cepat kaya ini akan gagal dan pendeposit atau pelabur akan kehilangan wang pelaburan mereka.

Mengapakah pengguna harus berwaspada semasa berurusan dengan entiti atau individu yang tidak dikawal selia?

Kesannya:

  • Perlindungan pengguna di bawah undang-undang yang ditadbir oleh BNM TIDAK TERPAKAI sekiranya orang ramai memilih untuk berurusan dengan penyedia perkhidmatan kewangan yang tidak sah.
  • Orang ramai yang terlibat dalam aktiviti kewangan yang tidak sah juga BOLEH DIDAKWA di bawah undang-undang kerana bersubahat dengan pengendali aktiviti yang tidak sah ini.

Oleh yang demikian, orang ramai DINASIHATKAN UNTUK TIDAK:

  • Berurusan dengan mana-mana penyedia perkhidmatan kewangan yang tidak sah;
  • Mendedahkan maklumat kewangan peribadi mereka kepada mana-mana penyedia perkhidmatan kewangan yang tidak sah; dan
  • Melibatkan diri atau terbabit dengan mana-mana penyedia perkhidmatan kewangan yang tidak sah.

ps : Bak kata pepatah, beringat sebelum kena. Jangan kerana seronok nak cepat kaya, habis semua tergadai.



Jom Kongsi!

Related Posts:

  • No Related Posts
386 Dibaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


8 Comments