Selamat Hari Raya Aidilfitri 1439H / 2018M

Fuhhh!! lama blog ini bersawang,, dari bulan Jun tahun lepas (2017) hingga ke Jun tahun ini (2018). Serius, tak terjenguk blog ini kerana kesibukan ibu dengan hal-hal lain plus mood blogging yang sudah jauh lari ke tengah laut. Namun, hari ini ibu gagahkn jua untuk meng ‘update‘ blog supaya ‘sawang-sawang’ dapat dibersihkan :p. Tidak terlewat untuk ibu ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri yang telah disambut pada 15 Jun 2018 yang lalu.

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami
Raya Kami

Hari ini adalah Syawal ke – 17. Masih lagi di bulan Syawal. Kemeriahan hari raya aidilfitri masih terasa. Ramai yang buat Open House kan? Hari ini pun ibu ada jemputan rumah terbuka di kawasan berdekatan pejabat ibu. Dekat sahaja, selang 3 premis sahaja. Alhamdulillah. Moga dimurahkan rezeki setiap hari.

BACA INI : Cerita Raya Kami

Hari Raya Aidilfitri Pertama

Raya ibu kali ini sederhana sahaja. Ibu dan keluarga beraya di  rumah mentua ibu. Dekat sahaja dengan rumah ibu. Tahun ini, pertama kali bersembahyang raya di masjid berdekatan dengan rumah ibu. Seronok!! Mifzal lebih-lebih lagi. Kali ini beraya dengan sepupu-sepupunya di sebelah Abah Mifzal. Tema warna kali ini adalah ungu. Mujur kali ini dapat beli baju Mifzal dan abahnya sedondon. Biasa susah nak cari.

Selamat Hari Raya Aidilfitri ucapan kami bertiga
Raya Aidilfitri Kami

Raya kedua, barulah ibu dah keluarga pulang berhari raya di kampung halaman ibu nun jauh di pantai timur. Perjalanan selama hampir 8 jam memenatkan namun hilang bila selamat sampai dah melihat wajah kesayangan ibu, ayah dan mak ibu. Rindu!!

Jom Kongsi!

About Ibu Mifzal 1569 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

Related Posts :



Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge