Pemakluman Awal Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2011 (Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam – SBPA)


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ibu dapat info mengenai pemakluman awal Pekeliling Perkhidmatan Bil.11 Tahun 2011 (Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam – SBPA)

PEMAKLUMAN AWAL PENEMPATAN PEKELILING SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) DI PORTAL/LAMAN WEB SEMUA KEMENTERIAN

Sukacita dimaklumkan bahawa Pekeliling Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan ditempatkan dan dihebahkan secara serentak menerusi portal/laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), MAMPU dan semua kementerian apabila tiba masanya nanti.

Dalam tempoh ini, tumpuan utama penyampaian laman ini adalah ke atas penyebaran Pekeliling Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang merangkumi perkhidmatan Perjawatan Awam Umum, Guru dan PDRM.

Semua penjawat awam adalah dinasihatkan untuk mengutamakan capaian terus ke portal/laman web kementerian masing-masing bagi memastikan proses hebahan Pekeliling SBPA ini berjalan dengan lebih lancar dan berkesan.

sumber : Laman Interaktif JPA 

UPDATE : 5 Disember 2010

Tiga (3) Pekeliling SBPA akan dikeluarkan pada minggu ini iaitu merangkumi  perkhidmatan Perjawatan Awam Umum, Guru dan PDRM – Sumber Hariadi

Link Alternatif

Sehingga kini, pekeliling tersebut belum dikeluarkan oleh JPA selagi Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 belum diluluskan, walau bagaimanapun persediaan awal telah pun dibuat oleh pihak JPA dengan menyediakan laman interaktif Sistem Saraan Baru Pekhidmatan (Klik Link Interaktif di atas) bagi memudahkan penjawat awam untuk meng’acess’  maklumat mengenai SBPA. Ia nya sudah siap dan hanya menunggu masa sahaja untuk dihebahkan.

selain daripada lamam interaktif ini, terdapat juga beberapa agensi yg turut akan menghebahkan pekeliling ini di laman web agensi masing2 serentak dengan laman web JPA. so jika dah sampai masa penghebahan dan web site JPA x dapat dilayari..mungkin kerana trafik yg terlalu ramai..leh la cuba tgk di pautan agensi2 yg terlibat seperti berikut :

  • Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar NRE
  • Kementerian Pertahanan (MINDEF)
  • Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
  • Kementerian Kerja Raya (KKR) 
  • Kementerian Pelancongan Malaysia [KPL (BM) / MOTOUR (EN)
  • Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA)
  • Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
  • Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
  • Kementerian Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) 
  • Kementerian Kewangan (MOF)
  • Kementerian Sumber Manusia (KSM)
  • Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) 
  • Kementerian Luar Negeri (KLN)
  • Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) 
  • Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI)
  • Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT)
  • Jabatan Perdana Menteri (JPM)

Sumber : Hariadi

Harap maklum, link2 di atas belum dapat dilayari sepenuhnya sehingga penghebahan pekeliling tersebut oleh JPA

oh..ibu pun agak tak sabar nak tahu berapa kenaikkan gaji yg dapat untuk tahun depan…so jadual2 gaji yg tersebar tu sebenarnya x dapat dipastikan sumber dan kesahihannya….

apa pun, kita sabar je la ya.. x kan lari gunung dikejar..heheh

ps : argh…argh..x sabar..x sabar 😀



Jom Kongsi!

Related Posts:

188 Dibaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge


4 Comments

  1. Pingback: Slide Penerangan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

  2. Pingback: Keluarga Mifzal Arsyad™ » Blog Archive » Slide Penerangan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)