Mifzal Arsyad Dan ETS


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Jumaat minggu lepas, ibu ke Kuala Lumpur bersama Mifzal Arsyad. Pengalaman pertama Mifzal Arsyad menaiki Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur.

20130125_072919

Tujuan ibu ke Kuala Lumpur adalah untuk sesi pendaftaran semester baru bagi pengajian ibu. Asalnya, tidak lah bercadang membawa Mifzal Arsyad bersama. Tapi, disebabkan mak mertua ibu tidak sihat, tiada siapa yang dapat ibu harapkan untuk menjaga Mifzal Arsyad pada hari itu. Abah Mifzal tidak dapat cuti. Al-maklumlah, cikgu susah nak ambil cuti.

Memandangkan sudah lama Mifzal Arsyad request untuk menaiki keretapi, ibu ambil peluang ini. Berdebar juga bila mengenangkan pergi berdua sahaja. Asyik terfikir, bagaimana lah karenah Mifzal Arsyad ketika di dalam ETS?

Mujur, perjalanan kami dipermudahkan. Kami bertolak pada jam 8.50 pagi dan sampai ke KL Sentral pada jam 9.35 pagi.

20130125_075427

Mifzal Arsyad sangat teruja apabila pertama kali menaiki ETS, LRT (Kelana Line & Ampang Line). Mulut nya becok bertanya itu dan ini kepada ibu. Letih juga hendak menjawabnya 😀

20130125_100015

Mifzal Arsyad mula merasa bosan bila urusan ibu yang lama di IPB. Usai pendaftaran semester dan penginapan untuk kelas pertemuan pertama, ibu dan Mifzal Arsyad bergegas ke KL Sentral semula. Ibu tidak bercadang untuk membawa Mifzal Arsyad bersiar-siar melawat ke sekitar KL memandangkan tujuan pada hari tersebut adalah jelas. Tidak berani hendak ke tempat lain selain tempat tujuan. Kalau ada Abah Mifzal tidak apa la juga jika hendak ke tempat lain. Lagi pun pagi esok ibu akan ke KL semula untuk menghadiri kelas.

Jam 12.50 tengah hari, kami sampai semula di KL Sentral. ETS ke Sungkai pada jam 2.05 petang. Sementara menunggu, kami menjamu selera di KFC. Dek keletihan mengikut ibu ke sana sini, Mifzal Arsyad sudah menunjukkan tanda-tanda kebosanannya. Tanpa segan silu, dia bersila di depan ibu sambil ibu beratur untuk membeli makanan. Katanya ” ibu, boboy letih “. Alahai kesian anak ibu.

20130125_130149

Tidak mahu Mifzal Arsyad terus meragam, ibu belikan Mifzal Arsyad sebuah buku ABC. Mifzal Arsyad seronok. ” Ibu..ibu, saya suka buku ABC “ ujarnya sambil tak henti-henti menyanyi lagu ABC sampai mengundang ketawa orang-orang di sekelilingnya. Aduhai, anak ibu 😀

20130125_135151

Dalam perjalanan pulang. Mifzal Arsyad keseronokkan menonton cerita kartun Tom & Jerry di dalam koc. Suara gelak ketawa mifzal seiring dengan bunyi enjin ETS. Ada juga penumpang yang memandang-mandang ke arah Mifzal Arsyad yang terlebih excited itu. Gamat di koc hilang bila Mifzal Arsyad terlena.

20130125_151808

Alhamdulillah, kami sampai ke rumah pada jam 3.45 petang. Satu pengalaman yang hebat bagi Mifzal Arsyad barang kali 🙂

Jom Kongsi!

Ibu Mifzal

Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.


9 Responses

  1. fazilzura berkata:

    laaa dtg kl kew…

    kalau roger2 leh jmp tauuu

  2. Hairul Hissam berkata:

    budak2 kalau bagi cerita kartun, confirm terus senyap.. Nampak muka mifzal.. ceria sahaja.. muka emaknya shj nampak sikit keletihan…. letih melayan mifzal kot.. heee
    Jom baca entri di blog Hairul Hissam : Kisah Penemuan Resepi Putu Ubi Kayu Original | Anda Nak Kongsi Tulisan di Blog Ini Tak?My Profile

  3. titan berkata:

    ehh..tidur plak dia..
    Jom baca entri di blog titan : PR3 tak terkalah.My Profile

  4. hairulafiz berkata:

    mesti dia teruja punya pertama kali naik tren bersama ibunya…
    Jom baca entri di blog hairulafiz : Wordless Wednesday #15 : Pizza Golden Crab ClawMy Profile

  5. Cikgu Hairul berkata:

    Tahniah IMA kerana berjaya mengurangkan kesesakkan jalan raya dengan menaiki pengangkutan awam. Kalau ramai orang yang buat camni, mesti tak sesak jalan raya kat KL ni.
    Jom baca entri di blog Cikgu Hairul : RenunganMy Profile

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

CommentLuv badge