Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Pagi semalam, ibu selesai menghadiri Majlis Konvokesyen Mifzal Arsyad. Majlis konvo Taska Permata Daerah Batang Padang ini diadakan di Dewan Timah, Grand Kampar Hotel. Jauh juga kena memandu berduaan untuk ke majlis ini. 🙂 Abah Mifzal tidak dapat menemani kami kerana terikat dengan tugas sekolah. Ada gotong royong perdana di sekolahnya.
Tahun lepas, hanya buat di Taska Permata Tapah je, Tahun ini, beralih tempat pula, buat di hotel. Tahun ini juga merupakan tahun terakhir Mifzal Arsyad di Taska Permata. Tahun depan, Insya Allah masuk tadika pula.
Mifzal Arsyad dengan jubah konvo nya. Malu-malu pula nak bergambar. Nampak gayanya boboy konvo dulu ni dari ibu. Hehe.
Kemeriahan majlis ini memang terserlah. Hiruk pikuk ketawa, tangisan dan jeritan kanak-kanak taska mengamatkan suasana.
Kami dihiburkan dengan persembahan anak-anak taska yang berumur 2 hingga 4 tahun.
Ada video rakaman persembahan anak-anak taska ini, tapi saiz video nya terlalu besar untuk dimuat naik. Comel sangat mereka menari-nari tarian 1Malaysia dengan memakai baju pelbagai kaum di Malaysia.
ps : ibu pun x sabar nak konvo…hehe lambatnya rasa “D
Posted from My Samsung Galaxy Note
2,611 jumlah dibaca, 2 dibaca hari ini
dh besau dh adik boboi sorang ni yer..
dah besar sudah anaknya…
tahniah boboi, dah besar kan anak mama, malu2 tapi mahu 😉