Lagi Kes Hilang Jari Main Mercun

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

aduhai..makin dekat nak raya makin byk dgr kes kena mercun..hari tuh budak besar..yg terbaru budak kecik pulak..kat Kota Bharu plak..apa nak jadi lah hai…

KOTA BHARU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, hilang satu jari hantu tangan kirinya dan melecur di tangan apabila mercun bola yang dicucuhnya meletup di dalam tangan dalam kejadian di Kampung Telaga Mas, Rantau Panjang, semalam.

Syahir Saifullah Jefri merupakan mangsa keenam yang cedera akibat mercun bola di negeri ini bulan ini.
Ibu mangsa, Wati Ismail, 31, berkata kejadian berlaku kira-kira 1.30 tengah hari semalam ketika mangsa, anak bongsu daripada empat beradik itu sedang bermain bunga api bersama salah seorang abangnya.

Wati berkata, ketika kejadian, beliau sedang menjahit pakaian raya untuk anak-anaknya manakala Boy (nama panggilan Syahir Saifullah) berada di luar rumah bermain bunga api bersama abangnya, Anwar, 6.

“Beberapa minit selepas Boy bermain bunga api, dia masuk ke rumah dan mengambil mercun bola yang disimpan abang sulungnya, Syahmi Faiq, 10, di dalam laci di ruang tamu dan membawanya keluar.

“Anwar cuba menegah adiknya supaya tidak mencucuh bunga api itu tetapi Boy tidak mengendahkan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, hari ini.

Beliau berkata, mangsa kemudian meletakkan bunga api yang masih menyala di atas meja lalu mengambil mercun bola dan mencucuhnya dengan bunga api, menyebabkan mercun itu meletup sebelum sempat dilemparkan.
“Saya yang terdengar letupan dan jeritan Boy segera keluar sebelum melihat Boy menangis sambil memegang tangan kirinya yang dipenuhi darah lalu membawa dia ke Klinik Desa Rantau Panjang,” katanya.

Baca selanjutnya KLIK SINI

Sumber : Berita Harian

serius…ibu mmg x suka dengan mercun2..masa malam raya mmg berlumba2 je org2 bermain mercun..dum sana..sum sini..benci betul..membingitkan telinga je.. macam pertandingan pulak..masing2 nak tunjuk mercun sapa lagi besar..mmg la seronok nak raya tp x yah la sampai melampau2 mainnya..yang peliknya..mercun ni sinonim dgn org cina bila na chinese new year atau perayaan2 derang..tp org melayu plak lebih2 main mercun, jual mercun..beli mercun huh!!

bila dah kena kes hilang jari sebab mercun..putus tangan sebab main mercun baru nak menyesal..masa x kena x mau beringat.. setakat main bunga api dah la..kan mercun x dibenarkan..x yah la main..

ps : beringat sebelum kena

 1,581 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*