Terkejut baca di Website BERNAMA mengenai insiden tembak-menembak di antara pasukan keselamatan Malaysia dengan penceroboh dari pemberontak sultan sulu di perkampungan Felda Sahabat 17, Lahad Datu, Sabah yang dikhuatiri telah mengakibatkan kematian 2 orang komando Polis yang terkena serangan mortar. Sedih pula bila tahu ada 2 komando Malaysia terbunuh dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu ini.
Sumber di facebook memaklumkan 2 anggota dari Unit 69 Komando telah terkorban. 10 penceroboh juga dikhabarkan turut terbunuh.
Insiden Pencerobohan Di Lahad Datu
Semoga pasukan keselamatan kita yang ditugaskan di sana selamat dan keamanan dapat dikekalkan.
ps : Seingat ibu, sebelum ini ada keluar berita kenyataan Menteri Keselamatan Dalam Negeri mengenai kes ini dan mengatakan jangan bimbang kerana para penceroboh tersebut akan dihantar pulang ke Filipina. Kenapa pula insiden ini boleh berlaku?
1,405 jumlah dibaca, 3 dibaca hari ini
dah jangan bagi muka kat diorang lagi, kalau tak ramai lagi jadi balu…
macam kenal aje jalan tu..
serius juga tu bila berlaku insiden tembak menembak dan ada yg terbunuh….
semoga rakyat kita dilindungi Allah, buat hubby yg berada di KK moga baik2 shj