Ini Ciri-Ciri iPhone 7? 

Ramai yang sudah mengetahui dan menunggu pengumuman daripada pihak Apple tentang iPhone terbaru iaitu iPhone 7 yang bakal diumumkan dalam masa beberapa hari lagi. Teruja? Ya! ibu sangat teruja. Apakah spech atau ciri-ciri iPhone 7 yang boleh menawan peminat iPhone?

ciri-ciri iPhone 7 rose gold
iPhone 7 rose gold.

Seperti peminat iPhone yang lain,  ibu juga ingin mengetahui spesifikasi iPhone terbaru. Mesti lagi hebat dari iPhone 6s Plus yang baru sebulan ibu miliki. Sigh!! dah nak keluar versi baru…hahaha…tak terkejar poket ibu dengan perkembangan teknologi telefon pintar ini.

BACA INI : Iphone 6s Plus : Dapat Juga Akhirnya…

Ciri-Ciri Iphone 7

Baik lah.. ibu teruja juga untuk kongsikan ciri-ciri iPhone 7 yang tertiris sebelum pelancarannya :

  • iPhone terbaru bakal menggunakan perisisan iOS 10
  • Menggunakan cip pemprosesan terkini iaitu A10
  • Hadir dalam dua saiz seperti sebelumnya, iaitu 4.7-inci ( iPhone 7) dan 5.5-inci ( iPhone 7 Plus)
  • Menggunakan rekaan yang lebih kurang sama seperti iPhone 6S sebelum ini, tetapi tidak menyertakan garisan antenna pada bahagian belakang
  • Tidak menyertakan audio-jack.
  • Butang Home yang turut menyertakan sokongan sensor sensitif tekanan
  • Lensa kamera yang ditambahbaik.
  • iPhone bersaiz 5.5-inci dijangka menyertakan dwi-lensa untuk kamera belakang
ciri-ciri iPhone 7 terkini
iPhone 7 Baru

Selain daripada pengumuman iPhone terbaru, Apple juga dijangka memperkenalkan Apple Watch generasi baru dengan cip GPS terbina, sokongan pemprosesan dan bateri yang ditambahbaik lagi.

 2,675 jumlah dibaca,  2 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*