Ibu dapat Baucar Buku 1 Malaysia yang bernilai RM250 kerana ibu seorang pelajar. Untungnya pelajar-pelajar di zaman ini kerana ada bantuan sebegini. Nilai RM250 memanglah tidak banyak tetapi boleh membantu meringankan beban pelajar-pelajar yang memerlukan. Perasaan ibu teruja sebenarnya dengan bantuan yang diberikan kerana boleh beli buku guna BB1m di Kedai Buku Popular.
Ibu sebagai pelajar PLK sebenarnya kurang terbeban untuk membeli buku teks pengajian seperti pelajar sepenuh masa di universiti. Kami di PLK UUM sudah dibekalkan modul kendiri versi softcopy yang hanya memerlukan kami mencetak semula sahaja. Namun disebabkan kemudahan sudah ada, ibu juga tidak melepaskan peluang untuk membeli buku-buku serta alat tulis menggunakan baucar tersebut.
Tidak seperti tahun lepas, ibu hanya gunakan RM150 baucar buku ini di Kedai Buku Popular manakala baki RM100 sudah ibu gunakan untuk membeli buku-buku di sebuah kedai buku di KL Sentral (Maaf, ibu tak ingat nama kedainya tetapi lokasinya berdekatan dengan Gate B, KL Sentral).
Tahun ini di Kedai Buku Popular, Kinta City, Ipoh agak strict peraturan untuk guna baucar buku 1 Malaysia ini. Ditetapkan hanya 20% sahaja boleh digunakan untuk membeli alat tulis. Tidak seperti tahun lepas lebih 90% ibu guna untuk beli alat tulis. Kali ini, jenuh juga berkira-kira agar alat tulis yang dibeli tidak lebih dari RM30.
Sebenarnya banyak buku yang dibeli untuk pembelajaran Mifzal Arsyad berbanding buku-buku untuk ibu. Tidak mengapalah, kerana syarat tidak diletakkan untuk membeli buku-buku tertentu sahaja.
Untung juga membeli buku di Kedai Buku Popular ini kerana dengan pembelian menggunakan baucar buku bernilai RM150, ibu dapat Voucher Gift RM10 dan keahlian Kedai Buku Popular selama setahun. Walaubagaimana pun, ibu sudah pun menjadi ahli privilage Popular dari tahun 2010 lagi dan mendapat 10% diskaun untuk setiap pembelian item di situ.
2,682 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
akak..nak tnye..tahun nie akak ad guna x kt popular kt jusco tu…peraturan die sme lg ke? ari tu sy pegi popular taiping..die xbg beli alat tulis…buku je bole..sy terus cancel..hehesy cadang nk pegi ipoh je…
syoknye ada softcopy utk rujukan…meh le share ngn Ira… Ira kat main campus UUM semua kena beli… so mmg cukup2 la utk rega buku rujukan tu…huhuhu…
ira student full time ke part time? kalau part time PLK under pace UUM tu..guna modul sama la..tp kalau full time beza modul bukunya.
part time gak…Ira nye kelas Ahad jer…penat weiiii
hehe…mmg penat..tp kalau sehari je kelas ok la..sy punya 2 hari tp ada kelas malam 2 hari tu…aduhai..letih menunggu kelas..
kalau ira buat part time melalui pace..rasanya sama je la modul yg kita dapat. versi softcopy. ms daftar pace akan bg cd subjet yg kita ambil utk sem tuh..buku rujukan utk assignmen sy x beli..selalunya cr kat library je..hehe
bertuah skrg dapat bantuan
itu lah..pelajar skang banyak kemudahan
hmm part beli alatulis tu yg best tu ainey, syukur byk kemudahan skrg
tp kali ini x banyak alat tulis boleh dibeli..jenuh juga berkira2 tu takut terlebih amnil..hehe tp kena top up juga dalam belasan ringgit,