Antara Sebab Permohonan BRIM 2016 Tidak Diluluskan


(Antara Sebab Permohonan BRIM 2016 Tidak Diluluskan)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Agihan bayaran fasa pertama Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2016) telah bermula. Bayaran sebanyak RM1050.00 akan diterima oleh KIR yang berpendapatan bawah RM3,000.00 dan RM900.00 akan diterima oleh KIR yang berpendapatan di antara RM3000.00 – RM4000.00 manakala yang bujang pula akan menerima RM450.00. Agihan bayaran adalah secara berperingkat iaitu 3 kali bayar. Hanya si bujang yang akan menerima bayaran penuh pada fasa 1.

Ada yang sudah dapat bayaran tersebut melalui bank dan ada juga yang telah dan akan menerima baucer di dalam masa terdekat ini. Ada yang gembira permohonan BR1M 2016 telah diluluskan dan ada yang duka permohonan BR1M 2016 tidak diluluskan.

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

Ibu tidak termasuk di dalam senarai penerima BR1M 2016 (isk..isk…isk). Tidak pernah merasa sekali pun duit BR1M. Tapi ibu gembira bila ada kawan-kawan yang layak dapat. Tumpang gembira je..hehe.

Tapi kali ini, macam banyak pula isu yang tular mengenai BR1M 2016. Ada yang tahun sebelumnya lulus tapi tahun ini tidak lulus. Bukan kerana pendapatan meningkat tapi hanya kerana ahli isi rumah yang lain ada mendaftara SSM (Sijil Pendaftaran Peniagaan). Masalah agihan bayaran pun ramai penerima bising. Yang biasa dapat bayaran melalui akaun bank pada tahun-tahun sebelumnya, tapi tahun ini tiba-tiba dibayar melalui baucer sahaja dan perlu mengambilnya sendiri di majlis penyampaian yang ditetapkan. Lepas satu hal pula nak beratur di bank untuk tunaikannya. ย Berapa tahun dah BR1M dilaksanakan? Sepatutnya masalah-masalah agihan ini dapat dielakkan.

Ibu ada jumpa di facebook info mengenai punca-punca dan alasan di sebalik permohonan BR1M 2016 yang tidak diluluskan. Antara puncanya ialah :

Perkongsian daripada Facebook En Ayie Lantana

Sy baru keluar dr LHDN cawangan.. info yg sy peroleh walaupun sy bkn penerima BRIM :

1. Yg tidak layak, x kirelah ape sebab boleh kemuka rayuan bermula 3 April – 31 Mei 2017
2. Knp pemohon yg memiliki SSM perlu kemuka dokument perniagaan? Kerana tujuan kerajaan beri BRIM adalah utk golongan pendapatan rendah, ade peniaga yg kaya raya dpt BRIM hanya kerana mereka tidak membuat potongan kwsp dan tidak membayar cukai, kerajaan tidak dpt kesan pendapatan mereka dan mereka masih terima BRIM. Pemilik SSM yg berniaga kecil2 boleh buat rayuan dgn kemukan dokumen berkaitan bermula tarikh spt diatas.

3. Mslh2 lain :

Cth 1 : perlu kemuka sijil pengesahan perkahwinan : ade kes pasangan sdh bercerai tp suami masih dpt BRIM RM1050, sepatutnye dpt RM450 shj, ini mengakibatkan bekas isteri gagal dpt BRIM kerana x update dlm sistem ( ini pembelaan kpd hak wanita ) dan kpd yg ade mslh ini boleh kemuka rayuan dan bukti di LHDN sprt tarikh di atas.

Cth 2 : tiada pengesahan berhenti belajar
Mahasiswa yg dpt baucer buku RM250 perlu kemuka dokument tamat belajar utk layak dpt Brim org bujang RM450 ( untung RM200 ), pergi ke LHDN bermula tarikh spt diatas.

Cth 3 : nama anda tersenarai dlm tanggungan pemohon lain
Yang ni semak sendiri, kalau ayh kite dpt, make sure dlm permohonan ayah kite, kite tiada dlm tanggungan jika kite bekerja sendiri.
Dokument2 yg berkaitan akan dimaklumkan oleh LHDN selepas mendapat taklimat dari MOF, dan bile dh jelas nnt LHDN akan maklum utk kemudahan pemohon.
Stakat ni dlu sy taip, lenguh pnjg2 dan sy rase korg x bace sgt pon. Hahaha.. yg pntg ingat fakta! Rayuan bermula 3 April – 31 Mei 2017 dan bawa dokument berkaitan!.. Bersabarlah semua, rezki rahsia Allah..

# Boleh Share Jika Perlu..

ps: Jangan lupa buat rayuan….



Jom Kongsi!

Related Posts:

  • No Related Posts
910 Dibaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge