Sangat teruja bila ibu semak ada coverageSangat teruja bila ibu semak ada coverage YES 4G : 10x lebih laju dari 3G di kawasan tempat tinggal ibu. Fikir punya fikir, ibu sudah lelah dengan khidmat 3G di kawasan sekitar rumah di kawasan tempat tinggal ibu. Fikir punya fikir, ibu sudah lelah dengan khidmat 3G di kawasan sekitar rumah ibu. EVDO Streamyx Wireless modem yang ibu guna sebelum sudah seperti barang hiasan pula. Berkelip-kelip sahaja lampu signal (tiada signal). Sudah 2 minggu masalah berlarutan. Kali ini, sudah malas mahu buat report kepada TM. Kalau ada connection pun, jenuh menunggu page loading sampai fed up. Service 3G Maxis, Celcom, Digi mahupun Umobile juga tidak ada, Tidak banyak pilihan tinggal di kawasan ini. Tidak seperti di bandar. Pilihan banyak sampai tak terpilih :p
Akhirnya, ibu melanggan pakej Super Internet YES. Ibu pilih Huddle modem kerana ibu sukakan modem yang portable, yang boleh diangkut ke sana ke mari. Langganan bulanan RM68 untuk 4Gb kouta. Rasanya cukup untuk penggunaan kami sekeluarga.
YES 4G : 10x lebih laju dari 3G
Mula-mula Abah Mifzal, sedikit tidak bersetuju ibu mahu mencuba pelan internet dari YES ini kerana bimbang tidak berbaloi di kawasan rumah kami. Al-maklumlah tinggal di kawasan yang jauh juga dari pekan besar. Namun selepas menggunakannya 2-3 hari ini nampaknya setiap kali buka PC, laptop atau smartphone masing-masing, kami tersenyum lebar. Sudah tidak perlu menunggu lama untuk mengakses internet. Tahu lah, tahap kesabaran menunggu ibu ini agak nipis kalau bab-bab internet ini :p
Walaupun warna signal merah di sini tetapi kelajuannya melebihi 3G. Jika warna signal kuning atau hijau, tentu kelajuannya macam roket..hehe.
Kepada yang mahu merasai kelajuan capaian internet mungkin seperti roket (di kawasan yang ada liputan), boleh lah melanggan YES.
4,946 jumlah dibaca, 2 dibaca hari ini
ibu nk tanya , ada tak harga yg bawah rm68? sy tinggal dekat felda yg takde 3g agak2 boleh guna tak ek.huhu sy skang guna wifi kat rumah ,tapi ssh laa nak bawak kemane2./
pakej bawah rm68 ada..kalau x silap sy rm48 utk qouta 1.5 gb atau 1gb..( kena refer website yes.my. rumah mak mentua sy juga di felda…n ada coverage..apa2,better check dulu coverge yes 3g ni..selalunya ada sbb sekolah byk guna yes so kita leh tumpang pencawangnya..
itu lah..setakat ni puas hati sbb line merah pun boleh surf internet tanpa gangguan..itu belum line hijau lg kat kawasan rumah sy ni..hehe..kalau hijau, mahu berdesup je loading…hehe
bagus ye, kat sini pun takde 3g, line slow je. ada tak coverage yes agaknya tu.
try check kat website YES..sbb yes ni pemancar dia byk kat sekolah2..YES dpt contract psg internet kt sekolah di Malaysia setahu sy.
haaaa… okay lah tu. Jika ibumifzal kata guna EVDO, saya kira lokasi rumah adalah di kawasan agak jauh dari bandar.. kat mana tu yea..
tapi, hope okay lah guna mana2 yang dapat coverage..
mmg jauh juga dr bandar besar..sy tinggal di area sungkai, perak.
tp guna EVDO tu bukan sbb kt tempat sy x de streamyx ttp sbb cable telefon selalu kena curi..hehe
tempat kerja saya guna YES ni mmg berbaloi hehehe…:)
itu la..kalau kawasan yg ada coverage mmg berbaloi2..byk sekolah guna YES skang sbb YES dpt contract bekal talian internet kt sekolah2 di Malaysia kan..
tu la pasal, tp skrg dah berapa best sbb byk sgt diblocknyer hehehehe….:)
kalau guna yg pejabat punya mmg byk yg blocked..sama cam opis sy guna GOV..tp ada certain blog x leh masuk..
kalau guna yg personal..x de masalah…
memang okay kan ibu saya pun dah lama pakai yes ni cuma koutanya cepat habis hihihi
hehe..sy amik quota 4gb…x tau la ckp ke tak..sehari guna dah abih 1.6 Gb sbb anak sy tgk kartun kt youtube…hehe..
Saya ada jugak nak pakai menda ni..tapi nak tunggu dulu lah..memang laju..saya percaya kalau ibu kata laju mcm roket..haha
kalau ada coverage mmg berbaloi amik sbb broadband celcom tu just dpt 3G je..YES ni 4G.
tp yg ni ada contract la 2 tahun..kalau amik broadband YES (dpt guna 1 device je) contract 1 tahun..byr mula2 RM50..kalau pakej cam sy ni kena byr RM150 mula2..
Lepas ni bolehlah berblogging dengan lancarkan ibu. Hehe..
nak tanya la, google adsense tu boleh guna dekat blog saya(BM) macam blog ibu ni ke?
hehe..hopefully lancarlah..sbb area rumah sy ni signal masih weak to still boleh guna n laju dr 3G
psl google adsense, ya boleh guna di blog BM. sy ada guna di blog ini..
hari tu ada kena blocked sbb sy bubuh script adsense kt alternate ads komli (langgar polisi adsense)..tp skang dah di re enable balik..lepas sy dah buang script kt komli alternate ads.
https://ibumifzal.com/google-adsense-now-re-enable/
yg penting jgn langgar policy adsense ni..