Baru-baru ini, Farra Fauzana, pengacara dan bekap deejay radio telah mengadakan sidang media untuk mengumumkan tarikh perkahwinannya yang akan diadakan pada 17 September 2016. Satu berita gembira kerana sudah pastinya para peminat Farra menunggu-nunggu Farra untuk menamatkan zaman bujangnya.
Mesti ramai yang nak tau kan siapa bakal suami Farra yang tidak hadir ketika pengumuman tersebut dibuat. Ada info dari Sinar.fm yang mengongsikan dua gambar yang dikatakan bakal menjadi suami Farra Fauzana iaitu Hafiz yang merupakan seorang ahli perniagaan.
Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada Farra. Semoga berbahagia hingga ke anak cucu.
1,132 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
Leave a Reply