Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Alhamdulillah, semakin ramai selebriti yang melakukan penghijarahan. Terbaru, Sharifah Aleya pula setelah memakai tudung bermula 1 Ramadhan lalu.
PETALING JAYA: Penyampai radio Hot FM Sharifah Aleya mengakui sejak mengenakan tudung bermula 1 Ramadan lalu (21 Julai 2012), dia berasa selesa dan tidak kekok dengan penghijrahan tersebut.
Aleya atau Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid Al Yahya berkata, dia enggan berkongsi sebab-sebab perubahan diri itu, namun menyifatkan ia adalah satu transisi normal bagi seorang wanita beragama Islam.
“Alhamdulillah, sepanjang seminggu lebih bertudung, saya tidak berasa kekok, malah selesa dengan penghijrahan ini.
“Cuma kalau boleh saya enggan berkongsi kenapa perubahan ini dilakukan. Ia sangat peribadi buat saya. Cukuplah masyarakat dah tahu yang saya dah bertudung dan doakan saya yang terbaik,” katanya.
Baca selanjutnya di Mstar Online
ps : suka baca cerita artis berhijrah dari tak menutup aurat kepada menutup aurat. 🙂
1,781 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
perkembangan yang bagus.. harap2 trend bertudung mengikut syariat ni jadi ikutan peminat
itu la.. hope lg ramai artis bertudung pas ni..
aminnn banyk dah artis berhijrah kearah ini..harapnya terus kekal sampai ke tua la perubahan ni…huhu
aaamiin
Harap-2 dapat kekal sampai bila2..
Alhamdulillah..makin ramai artis berubah..
itu 21 julai 2011 ke 21 julai 2012..
hehe..sy pun x perasan. 2012. Mstar tulis salah. sy copy dr mstar n x edit. sorry.
alhamdulilah…berkat bulan ramadhan nie..:)
mmg suka tgk perubahan artis yg semakin ramai berubah….
alhamdulillah..berubah ke arah kebaikan..itu yg sepatutnya..
hihihi..:) sama2 kita doakan hehehe