Huh! kebelakangan ini, ibu memang malas betul nak jenguk blog ini. Mood berblogging sudah lari. Sudah tidak dapat dikejar. Tapi, dek kerana hari ini, iPhone 5 ibu ini sudah menerima kemas kini iOS 7 yang ditunggu-tunggu. Terus ada hati nak kongsikan di sini hehe :p
Apple kali ini membawa ciri-ciri baru dan juga penambahbaikan terhadap ciri-ciri sedia ada. “This update features beautiful nes design and contains hundreds of new features, including Control Center, AirDrop,iTunes Radio dan improvements to Notification Center, Multitasking, Camera, Photos, Safari, Siri and more”
Yang membuat ibu teruja untuk memasang iOS terbaru ini di iPhone 5 ibu adalah kerana design interface yang nampak sangat minimalist dan modem. Dah tak macam iOS versi terdahulu. Berubah terus. Versi Tim Cook ini memang sangat berbeza dengan versi zaman Steve Job. Mungkin ada pro dan kontranya. Tapi ibu tak kisah sebab ibu rasa perubahan tersebut boleh diterima asalkan tidak mengubah kestabilan sistem itu sendiri.
BACA INI : iPhone 5 Sudah Dimiliki
“Install” iOS 7 ini menggunakan talian internet kelajuan 5Mbps buat ibu tidak bosan menunggu. Cepat, cuma 40 minit sahaja. Ibu bayangkan berjam-jam masa diambil untuk memasangnya.
Teruja nya dengan “user interface” baru iOS 7 ini. Pada ibu simple dan menarik. Ibu lebih suka kan paparan antara muka baru ini. Setakat menggunakannya beberapa jam ini, ibu masih berpuas hati. Lancar dan laju.
ps : iPhone 5S? tak perlu kot 😀
1,476 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
Fuh.. Masih belum mampu nak pakai iPhone ni. Cantik dah tu iOS 7 ni.
mmg teruja dgn ios 7 ni, takpe ainey, mungkin lepas ni lebih semangat nak berblogging 😉