Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
ibu baru baca berita tentang kematian seorang murid tahun 5 yang meninggal dunia akibat keracunan makanan ketika berbuka puasa..mrnurut berita, makanan tersebuut dibeli oleh bapa arwah di Bazar Ramadhan yang berhampiran dengan rumah mereka…
MERU: Seorang murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai dekat sini, meninggal dunia pagi kelmarin, selepas mengalami muntah dan cirit birit kira-kira setengah jam selepas menikmati juadah berbuka puasa yang dibelikan bapanya di sebuah bazar Ramadan berdekatan rumahnya di Taman Seri Mewah di sini, petang Ahad lalu.
Selain Nurdini Mohamad Ali, 11, hampir seluruh ahli keluarganya turut mengalami simptom sama sehingga terpaksa dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, selepas memakan juadah sama.
Mereka ialah ibunya, Noraliti Ramli, 37, yang kini hamil lima bulan, dan empat abangnya, Mohammad Syafiq, 14; Mohammad Irfan, 13; Mohammad Fitri, lapan dan Mohammad Hazimi, tiga tahun serta pembantu rumah dikenali sebagai Pati.Mohammad Irfan dan Mohammad Fitri turut disyaki dijangkiti penyakit taun, manakala Mohammad Hazimi menghidap demam denggi.
Bapa mangsa, Mohamad Ali Khir, 37, yang ditemui di HTAR, berkata jam 6.10 pagi kelmarin, beliau ke bilik air dan terdengar bunyi dengusan seperti lembu disembelih dari bilik air.
“Sebaik membuka pintu bilik air, saya terkejut melihat Nurdini dalam keadaan terlentang dengan mata terbeliak dan mulutnya berbuih,” katanya.
untuk baca berita selanjutnya KLIK SINI
Sumber : Berita Harian
kesiannya..dah sampai ajal arwah kan.. tp tu la..sekarang ni kalau nak mudah mmg beli je makananan kat Bazar Ramadhan je…tp yg susahnya bila ada peniaga yang mengambil lewa mengenai kebersihan makanan n hanya mementingkan keuntungan saja hingga sanggup menjual makanan yg tidak bersih dan mungkin juga sudah hampir basi..
kita sebagai pengguna pun kena alert juga..jgnmain beli je..ingatan utk kita bersama..sbb ibu pun ada jugak beli makanan kat luar..balik kerja dah petang..kdg rs letih n x larat nak masak..dah la puasa kan..kalau masak pun yg simple2..solutionnya..beli je kat Bazaar Ramadhan.
Al-Fatihah Buat Arwah.
ps : bayar harga makanan mahal tp kualiti n kuantiti cam tangkap muat je..semua nak untung kan..huhu
854 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
Sebaiknya kita lebih berhati – hati dalam memilih dan membeli makanan pasalnya tidak semua makana sudah mendapatkan izin dan sudah teruji kelayakannya dari BPOM selain itu faktor lainnya adalah kecurangan sebagian pedagang dalam mengahalalkan segala cara dalam berdagang.