Penafian Yusry KRU Untuk Kahwini Lisa Surihani Tahun Depan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

rs baru je smlm buh entry pasal Yusri KRU nak kahwin Lisa Surihani tahun depan..alih2 hari ni ada berita Yusri plak menafikan yg derang rancang kawen tahun depan..aikk?

KUALA LUMPUR: Pengarah KRU Studios Sdn Bhd, Yusry Abdul Halim, 38, mengakui hubungannya dengan aktres jelita, Lisa Surihani Mohamed, 25, semakin serius dan berharap pada suatu hari nanti akan sampai ke jenjang pelamin.

Bagaimanapun, buat masa ini mereka belum membincangkan soal perkahwinan kerana sehingga hujung tahun ini mereka sibuk dengan kerja masing-masing dan Yusry kini berada di Bangkok, Thailand. Yusry turut menafikan laporan sebuah akhbar sebelum ini bahawa mereka akan berkahwin tahun depan.

Beliau menjelaskan bahawa dia tidak pernah memberikan kenyataan sedemikian dan spekulasi itu mungkin kerana salah faham. “Oleh itu, saya harap semua pihak dapat memberikan kerjasama dan tidak keliru dengan pendedahan yang disiarkan baru-baru ini. “Sebaik berita itu tersiar, saya didatangi pelbagai soalan untuk pengesahan mengenainya khusus berkaitan bakal mendirikan rumah tangga dengan Lisa pada tahun depan. Namun, sehingga kini kami masih belum berbincang soal perkahwinan. “Apa yang pasti, keluarga agak terkejut dengan berita disiarkan kerana semua membaca menerusi akhbar sebelum mereka diberitahu. Justeru, saya memohon maaf di atas kekeliruan yang berlaku dan tidak menyalahkan sesiapa terhadap kenyataan itu,” katanya dalam kenyataan media dikeluarkan KRU Studios, semalam.

Dalam kenyataan itu, Yusry memohon maaf terhadap kekeliruan yang berlaku.

Menurutnya, pada masa yang akan datang jika terdapat sebarang perkhabaran gembira mengenai hubungan mereka, pihak KRU Studios akan memaklumkan kepada semua media. Sementara itu, Lisa yang dihubungi Harian Metro semalam enggan memberi sebarang alasan.

Sumber : Harian Metro

ps : jgn tunggu lama2..yusri..Lisa ramai peminat tuh…

 1,202 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*