Pelajar Sekolah Agama Beranak Dalam Tandas Asrama

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

hari tu kes buang bayi..semalam kes pelajar beranak dalam tandas plak..hmm…apa la nak jadi dunia sekarang…dah akhir zaman ni mcm2 yg berlaku..manusia semakin lalai..

Rahsia pelajar sakit senggugut terbongkar

TUMPAT: Sebuah sekolah menengah agama berasrama di Pasir Pekan, dekat sini, gempar apabila seorang pelajarnya melahirkan bayi lelaki dalam tandas asrama sekolah berkenaan, pagi semalam.

Kejadian itu disedari kira-kira jam 10 pagi oleh seorang kakitangan sekolah yang terdengar tangisan bayi ketika sedang mengambil keretanya tidak jauh dari asrama itu dan kemudian memanggil rakannya untuk membuat pemeriksaan.

Mereka kemudiannya memeriksa setiap bilik asrama dan terkejut dengan penemuan seorang bayi lelaki masih bertali pusat di hujung kaki seorang pelajar perempuan.

Sumber mendakwa, kakitangan sekolah itu terkejut melihat pelajar perempuan terbabit yang dilihat masih keletihan kerana baru bersalin.

“Kakitangan sekolah itu terus memaklumkan perkara itu kepada pengurusan sekolah sebelum menghubungi ambulans dan menghantar pelajar dan bayi terbabit ke klinik berdekatan.

“Difahamkan, pelajar perempuan berasal dari Pasir Mas itu pernah mengadu sakit perut dengan alasan senggugut kepada beberapa rakannya ketika makan malam kelmarin, tetapi rahsianya terbongkar selepas pelajar itu melahirkan seorang bayi dalam tandas sebelum dia membawa bayi berkenaan ke dalam bilik asramanya,” katanya.

Sumber berkata, pada jam 8 pagi, pelajar terbabit dikatakan meminta kunci asrama daripada seorang penyelia asrama sekolah itu dengan alasan mengambil barangan yang tertinggal, tetapi tidak dibenarkan.

“Pelajar terbabit kemudian meminta kunci disimpan pengawal keselamatan sekolah dengan alasan sama dan tanpa disedari sesiapa, dia sebenarnya melahirkan bayi itu,” katanya.

yang sedihnya pelajar tu adalah pelajar sekolah agama yg ibu kira ilmu agamanya banyak..kenapa x digunakan ilmu agamanya, diamalkan utk menjauhkan diri dari godaan syaitan..

sebagai peringatan kepada org perempuan…jaga lah maruah diri…jgn lemah sgt dengan godaan org lelaki yg hanya inginkan kemanisan je..bila dah tawar..menangis la korang sesorang…masa depan musnah..masa bercinta mmg x nampak..semuanya indah..bila dah tergadai maruah..masa tu nak menyesal x de gunanya lagi..

ibu x dapat bayangkan mcm mana remaja ini mampu melahirkan anak seorang diri…

kdg2 terpikir gak…kenapa org yg mengandung luar nikah ni..x kuat alahan mcm org yg hamil secara sah ya? selalunya org sekeliling x tahu pun org yg berzina ni mengandung..tup..tup bersalin..

ps : geram plak..dah org pasir mas tuh..huhu..

 1,357 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*