Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Ibu dah daftarkan Mifzal Arsyad ke Tadika KEMAS yg berdekatan dengan pejabat ibu, mujur pendaftaran masih dibuka..ya lah kan dah nak bukak sekolah dah minggu depan..kelam kabut juga la mencari tempat utk Mifzal Arsyad setelah tempatnya dr Taska Permata sebelum ini diberikan kepada yg lebih layak..hmm…last minit tahu tu yg kelam kabut..even semasa majlis convocation Taska Permata tu pun ibu belum dpt tahu yg Mifzal Arsyad sudah tidak dpt meneruskan pengajiannya di situ (eceh..ayat skema..hehe)..
ok lah..bila dah confirm dpt masuk Tadika Kemas..ibu n abah pun bawak la Mifzal Arsyad ke pasaraya berdekatan utk mencari kelengkapan sekolahnya..serius, ibu mcm blur nak beli apa brg utk sekolah Mifzal Arsyad, mujur ada kawan ibu yg sama akan hantar anak dia ke Tadika Kemas juga tahun hadapan…antara kelengkapan sekolah Mifzal Arsyad yg dah dibeli ialah baju dan seluar (2 pasang), stokin, kasut & pensel warna. beg sekolah rsnya guna yg lama sbb br setahun beli..masih berkeadaan elok..cuma kelengkapan alat tulis belum beli lg..mgkin beli hujung minggu ni plak kot..ajak abah pi Ipoh ke..hehe..pi Ipoh semata2 nak beli alat tulis untuk Mifzal Arsyad? haha alasan je tu..ibu yg nak bershopping kot..tapi window shopping jela..sbb duit non-ado..hehe
smart x anak ibu? hehe dah besar dah dia..dah nak sekolah dah.. 😀
ps: ramai ckp Mifzal Arsyad makin susut badannya..ya la kurang makan (memilih makan) n br pas baik dr demam..
1,683 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
Kalau kat ipoh mana nk cari ye..sy da pening ni..cikgu suh beli sendiri..kat ipoh takde tem ten..yg ada kat area luar ipoh..
kat ipoh x sure plak..kat hari2 or mydin meru x de ke?
Nk tanya, awk beli baju tadika kemas ni kt mana? Ank sya dpt baju ni besar.. antar riper tp lmbt bru siap.
sy beli baju tadika tu kat pasaraya ten ten kat bidor @ big ten. ada size dr 11 – 14 rasaya…mcm anak sy pakai size 13.
Terima kasih