Imbuhan Kewangan Untuk Rakyat Bergaji Bawah RM3000.00

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

dalam duk rs duit makin cair (dapat je habis) skang…ni terbaca plak kat Berita Harian pasal, kerajaan nak bagi imbuhan kepada rakyat berpendapatan di bawah paras RM3,000 sebulan. dengarnya imbuhan dalam bentuk bantuan kewangan…alhamdulillah.jika bagai benar dikata..sekurang2nya meringankan beban rakyat yg gaji ciput ni..huhu

IPOH: Rakyat berpendapatan di bawah paras RM3,000 sebulan bakal mendapat bantuan kewangan dalam Belanjawan 2012 berikutan peningkatan kos sara hidup sejak kebelakangan ini, sekali gus meringankan beban terpaksa ditanggung mereka.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) sedang menjalankan kajian berhubung perkara itu, termasuk menyediakan mekanisme sebagai panduan untuk kerajaan membantu golongan berkenaan.

“Kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara tidak langsung membebankan rakyat berpendapatan rendah. Justeru, kerajaan sedang menjalankan kajian bagaimana boleh membantu golongan ini, dengan hasil kajian itu akan digunakan sebagai panduan untuk dimasukkan dalam Bajet 2012.”

“PEMANDU diberi tanggungjawab mengenal pasti beberapa pilihan bantuan yang boleh diguna pakai dan laporannya akan diserahkan kepada Kementerian Kewangan untuk diperinci,” katanya selepas menyampaikan bantuan Teman 1AZAM Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sempena Aidilfitri bagi kawasan Parlimen Tambun, di sini, semalam.

Seramai 688 penduduk menerima bantuan barangan makanan, wang tunai dan peralatan membantu perniagaan bernilai RM680,000.

Beliau berkata, PEMANDU sedang memperincikan kajian itu untuk dirumuskan dalam satu pangkalan data menerusi sebuah makmal khusus, malah proses berkenaan dijangka selesai minggu depan untuk tindakan selanjutnya.

“Kajian itu turut membabitkan beberapa aspek penting, termasuk peruntukan diperlukan, sumber peruntukan dan penyampaian inisiatif yang perlu dilaksanakan.
“Ini bertujuan memastikan pembentangan belanjawan nanti dapat dilakukan secara lebih efisyen dan efektif kerana kita tidak mahu apabila diumumkan nanti ia membawa masalah dan hasilnya tidak ke mana,” katanya.

Sumber : Berita Harian

ps: kakitangan awam pun termasuk jugak ke? kami pun rakyat jugak kan..bestnya kalau gaji naik seiring dengan kenaikan harga barang..

 1,148 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

11 Comments

    • mengikut apa yg dibentangkan oleh YAB PM, imbuhan RM500 utk rakyat berpendapatan bawah RM3000, pembayaran akan diuruskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), so boleh lah berhubung dengan pejabat LHDN yang berhampiran.

  1. apalah nak gaji besar….dulu suruh belajar tak nak…kelulusan minima tak ada, bagi sahaja berdasarkan kebolehan dan produktiviti pekerja…hukum karmakan…kalu nak gaji besar juga kerja sendiri jadi bos….

    • ciik cipuk dlm dunia sape x naka gaiji besr. kita dah cuba sedaya upaya belajar dgn tekun tapi. dah tetulis dan tesirat setakan mana allah dah bagi sampi disitu je kita boleh belajar. setiap kali doa x putus2 solat 5 waktu x penah tinggl minta ape2 saja itu dia bagi. kita besyukur ape yang kita dapat……….

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*