Akhirnya, semalam ibu berjaya juga tukarkan talian telefon ibu ini dari Maxis ke ALTEL. Nombor telefon ibu sudah berjaya di‘port’kan ke ALTEL. Terpengaruh juga dengan cerita-cerita di media sosial. Lagi pun bila lagi kan nak support produk bumiputera. Ditambah lagi dengan cerita-cerita internet laju kalau guna ALTEL ini. Mana tak tertarik minat 🙂
Ibu ini tinggal di kawasan yang agak jauh dari pekan besar, jadi coverage line telefon mudah alih di sini agak terhad. Yang ada pun cuma line CELCOM, Maxis dan DiGi. Ibu dah lama menggunakan prepaid service dari Maxis. Kalau kat rumah sekadar guna untuk call dan sms sahaja lah. Untuk internet memang tak dapat lah. GPRS je memanjang. Itu yang dengar cerita pasal ALTEL dapat internet laju, ibu jadi sangat teruja untuk mencuba.
Mula-mula ibu ke kedai ALTEL VIP Dealer di Teluk Intan. Kecewa pula tak dapat nak buat kat sana. Hanya kerana masalah kedai tersebut tiada printer atau mesin fotostat untuk menyalin ic pemohon. Ibu bercadang untuk mengekalkan nombor telefon yang asal. Sayang nak tukar ke nombor baru. Lagi pun nanti leceh pula nak kena inform nombor baru. Akhirnya ibu ke kedai ALTEL Exclusive Partner di Ipoh. Sekejap je prosesnya. Isi borang, fotostat ic kemudian bayar RM10.00 untuk sim kad ALTEL. Selepas itu, ibu dimaklumkan permohonan MNP (untuk kekalkan nombor telefon asal) dalam masa 7 hari.
Cabaran Maxis Ke Altel
Tak lama ibu menunggu 3 hari, proses MNP berjaya dan sim kad ALTEL ibu sudah boleh digunakan. Namun, yang mencabarnya. ibu tidak dapat mengaktifkan sim kad tersebut. setiap kali panggilan keluar dibuat untuk mengaktifkannya gagal. Tetapi, sim kad tersebut dapat pula menerima panggilan masuk. Terpaksa pula ibu call ALTEL Customer Service. Katanya masalah bukan dari ALTEL, mungkin masalah teknikal telefon dan disarankan ibu memasukkan sim kad tersebut ke telefon lain. Dah la, sim kad ALTEL tu dah dipotong ke saiz nano. Nak tukar ke telefon lain kena cari adapter la plak.
Nasib baik ibu belum buang bingkai sim yang dipotong tu. Ibu cuba di telefon Samsung Galaxy s3 Abah Mifzal Arsyad. Ya! berjaya. Service provider pun dah keluar nama ALTEL bukan CELCOM seperti di iPhone 5 ibu. ALTEL guna pencawang CELCOM, mungkin sebab itu iPhone ibu hanya dapat detect CELCOM sahaja dan bukan ALTEL. Tidak seperti telefon Samsung Galaxy S3 dan Sony Xperia C milik Abah Mifzal.
Masalah tak dapat buat panggilan keluar masih ibu hadapi setelah ibu menukar kembali sim kad ALTEL ke telefon iPhone ibu. Kadang boleh kadang tak boleh. Dah tak reti dah ibu nak godek-godek iPhone tu.
Ok berbalik pula pada prestasi ALTEL. Laju ke tak guna internet ni? Setelah 2 hari menggunakan ALTEL, bagi ibu kira okay lah. Ada juga coverage. ALTEL kan guna pencawang CELCOM. Kalau kawasan tu dapat coverage CELCOM maka ALTEL pun dapat juga. Cuma bezanya sebelum ini, kat tempat ibu CELCOM dulu tak dapat 3G tapi ALTEL dapat 3G cuma line nya masih belum stabil. Kadang-kadang ada jugak bertukar ke Edge dan GPRS.
untuk maklumat lanjut mengenai ALTEL, sila ke www.altel.my
1,604 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini
Ibu..nk tny..time ibu tukar maxis to altel.. Kena byor rm10 tuh..dlm simkad tu de kredit rm5 x? Sy pon dh tuko..tp dlm simkad yg dia bg xde kredit…
nk tny lg no customer service altel pe ye?
sy punya ada kredit RM5