4GB Memang Tidak Cukup

Terpaksa upgrade plan juga akhirnya. Qouta internet sebanyak 4gb memang tidak cukup. Letih bila tiap-tiap bulan asyik habis qouta dan kena top up saja. Al-maklum lah, pengguna internet tegar :p. Ini kisah plan internet YES 4G yang ibu langgan tidak lama dulu. Ibu baru sahaja menaik taraf plan intenet YES 4G ke pakej Super 98. Untuk pakej baru ini pun, qouta bulanan hanya 6GB sahaja. Pada ibu, ini pun tidak mencukupi. Tetapi hanya ini sahaja pakej yang ada dan sesuai dengan nilai poket ibu.

4gb memang tidak cukup
Pakej YES 4G

Sebelum ini, ibu hanya melanggan pakej Super 68 dengan qouta bulanan sebanyak 4GB. Dapat tambahan 1GB percuma pun masih tidak mencukupi. Terpaksa top up lagi 1GB dengan caj RM20. Kalau kira-kira, baik ibu ambil pakej Super 98. Jimat RM10. Hehe.

Tambah Quota 4GB Memang Tidak Cukup

Sebenarnya, jika tidak menambah nilai plan data pun masih boleh melayari internet dengan kadar kelajuan yang berkurangan. Tetapi, ibu ini kan jenis yang kurang sabar orangnya. Mana boleh kalau page loading lambat-lambat ni. Bikin hati panas sahaja. Jadi, sediakan sajalah duit lebih bayar bil internet bulan depan. :p

BACA INI : 4GB Tak Cukup!

Qouta internet yang tidak mencukupi juga gara-gara berkongsi penggunaan. Ibu dan Abah Mifzal memang pengguna tegar internet. Nak tak nak, memang kena upgrade pakej juga lah. Ibu tidak sabar hendak pindah ke kawasan yang mempunyai banyak pilihan coverage rangkaian internet.

 1,071 jumlah dibaca,  1 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
About Ibu Mifzal 1507 Articles
Seorang isteri, ibu berkerjaya & blogger separuh masa. Graduan UUM. Blogging sebagai hobi dan amat meminati k-drama dan Modern Talking.

4 Comments

  1. samalah kita IMA, saya dah 3 bulan upgrade plan YES tu..dulu ada plan maksimum RM168=11 G, tapi skrg dah takde…

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*