Darjah Satu, Anak Ibu Dah Besar!

(Darjah Satu, Anak Ibu Dah Besar!) Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera Alhamdulillah, sedar tak sedar, anak manja ibu nan seorang ni sudah masuk darjah satu bagi sesi persekolahan tahun 2015. Hari Rabu lepas (31 Disember 2014) merupakan hari pendaftaran sekolah bagi kanak-kanak yang akan memasuki tahun satu di Sekolah Kebangsaan. Pada hari tersebut juga diadakan Ujian Pengesanan bagi menentukan kelas murid-murid tahun satu yang didaftarkan. Seramai 80 lebih murid-murid tahun 1 berdaftar di SK tersebut […]