Pemakluman Awal Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2011 (Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam – SBPA)


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ibu dapat info mengenai pemakluman awal Pekeliling Perkhidmatan Bil.11 Tahun 2011 (Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam – SBPA)

PEMAKLUMAN AWAL PENEMPATAN PEKELILING SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) DI PORTAL/LAMAN WEB SEMUA KEMENTERIAN

Sukacita dimaklumkan bahawa Pekeliling Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan ditempatkan dan dihebahkan secara serentak menerusi portal/laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), MAMPU dan semua kementerian apabila tiba masanya nanti.

Dalam tempoh ini, tumpuan utama penyampaian laman ini adalah ke atas penyebaran Pekeliling Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang merangkumi perkhidmatan Perjawatan Awam Umum, Guru dan PDRM.

Semua penjawat awam adalah dinasihatkan untuk mengutamakan capaian terus ke portal/laman web kementerian masing-masing bagi memastikan proses hebahan Pekeliling SBPA ini berjalan dengan lebih lancar dan berkesan.

sumber : Laman Interaktif JPA 

UPDATE : 5 Disember 2010

Baca Lagi



Download Teks Ucapan Penuh Belanjawan 2012

Assalamulaikum WBT & Salam Sejahtera

Belanjawan atau bajet 2012 dah pun dibentangkan.

Kepada yang tak berkesempatan utk ikuti pembentangan bajet tadi..boleh lah download teks ucapan penuh belanjawan 2012 yg telah dibacakan oleh YAB Perdana Menteri

Download Ucapan Bajet & Lampiran

Antara intipati bajet yg menarik hati ibu sebagai seorang penjawat awam adalah mengenai fokus ‘Memperkerjapkan Perkhidmatan Awam’

* Memperkenal Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) mengantikan SSM.

* Skim gaji satu laras yg melihatkn pertambahan tangga gaji dan menjadikan peningkatan jumlah gaji maksimum sehingga 39%.

* Penjawat awam yg memilih opsyen SBPA akan menerima kenaikan gaji di antara 7-13%.

* Kenaikan gaji tahunan di antara RM80 – RM320 mengikut gred.Baca Lagi