Nebulizer Lagi


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Hari Jumaat lepas, Mifzal Arsyad kena sedut gas lagi. Aduhai, kesiannya kat anak ibu seorang ni. Rasanya baru je sembuh dari demam dan cirit-birit minggu lepas. Sekarang ni, batuk, selesema dan lelah pula. Start hari Khamis lepas kena masa ibu ambil dari taska permata. Masa hantar tak ada lagi kena batuk dan selesema. Masa ambil tu, ibu dah perasan kat dalam taska lagi dah batuk-batuk. Ibu memang sangat risau bila Mifzal Arsyad dah start batuk-batuk..sebab selalunya kena ambil nebulizer.

image
kasihan anak ibu, nampak penat

Bila tanya Mifzal Arsyad, ada main air ke kat school? Mifzal Arsyad jawab “ibu, boboy mintak maaf. Boboy main air dalam tandas tadi ” Ibu tanya jugak tandas mana. Jawabnya tandas school. Memang ibu agak tandas taska dia sebab kalau tandas kat rumah..boboy tak panggil tandas, dia panggil tandas tu bilik air ibu atau bilik air abah. Bila ibu tanya cikgu-cikgu taska tu..ada aktiviti main air ke hari Khamis tu..Diaorang cakap tak ada. Ibu pun assume mungkin Mifzal Arsyad main air masa mandi kot. Mifzal Arsyad ni bukan tak boleh main air tapi tak boleh lama-lama sebab dia tak tahan sejuk. So, ibu pun pesan lah supaya pantau jangan bagi Mifzal Arsyad main air dan jangan bagi tidur dalam bilik ber air-cond. Ubat pun ada ibu bekal kan masa hantar ke taska pagi Jumaat tu.

Baca Lagi