TM EVDO Wireless Modem (Streamyx Wireless)


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Teruja sebenarnya untuk berkongsi cerita mengenai TM EVDO Wireless Modem yang telah pun diaktifkan akaun ibu pada 2 hari yang lepas. Terus terang, sebelum ini, ibu tak pernah tahu pun yang TM turut menawarkan pakej jalur lebar seperti ini. Ingatkan hanya pakej streamyx yang kena pakai line telefon tu sahaja yang ada..hehe…Mujur juga terbaca info mengenai EVDO Wireless Modem TM di blog Pondok Kecil. Baru lah ibu tahu, rupanya TM pun ada tawarkan wireless modem macam Maxis, Celcom, DiGi & etc.  Cuma bezanya, modem EVDO TM ni besar gabak..antenna pun kemain tinggi. Modem ini juga memerlukan power source untuk hidupkannya.

tm evdo wireless modem

Ibu sebelum ini pun memang sudah melanggan pakej streamyx combo (streamyx wired) tetapi streamyx area sini memang selalu problem. Selalu hadapi masalah connection yang sekejap ada sekejap tak ada dan masalah kecurian kabel yang kerap. Boleh dikatakan hampir setiap bulan mesti ada buat report kat TM mengenai masalah streamyx ni. sekali dua boleh tahan lagi, tapi kalau dah selalu memang fedup. Nak guna alternatif lain selain streamyx seperti broadband Maxis  pun tak boleh juga sebab coverage x sampai. kalau area rumah-rumah yang ke depan sikit tu dapat la line 3G. Pernah juga handphone ibu dapat detect line 3G Maxis, tp sekejap saja..mungkin kebetulan gelombang tu dibawa angin kot..susahkan duduk kat tempat yang jauh dari coverage ni. tak banyak pilihan.

evdo modem signal

Baca Lagi