Infolinks Kembali


(Infolinks Kembali)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Last guna iklan Infolinks di blog IbuMifzal.Com, seingat ibu pada tahun 2012. Uih! dah lima tahun sebenarnya merajuk dengan infolinks hehe :p. Sebelum ini memang pernah guna Infolinks untuk menjana duit daripada hobi ber ‘blogging’. Hanya sempat merasa sekali sahaja cashout, lepas tu blog IbuMifzal.Com kena sekat kerana menggunakan code Infolinks di blog berbahasa Melayu. Ketika itu, polisi Infolinks belum meluluskan blog-blog berbahasa Melayu. Banyak kali juga cuba apply semula tetapi status blog tetap ditolak. Selepas itu, ibu biarkan sahaja. Merajuk! Hehe…

approved email from infolinks

Ntah kenapa pula baru-baru ini, teringat pada Infolinks. Jadi ibu cuba resubmit url blog ini. Tapi kali ini tersalah akaun pula. Terhantar ke akaun Infolinks yang tidak aktif dan tidak berbaki $. Akaun infolinks ibu yang aktif dan berbaki $ pula masih memaparkan status denied pada url blog IbuMifzal.Com ini. Ibu biarkan sahaja keran ibu beranggapan “pasti tak approve juga ni”

Baca Lagi