Panduan Solat Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

nak raya x lama lg ni..tinggal 2 hari je lagi kan..warga kota pun dah ramai yg pulang ke kampung untuk berhari raya..sapa yg x dapat cuti? angkat keyboard…hehe

ok lah..ibu nak share artikel mengenai panduan solat sunat Aidilfitri & Aidiladha.

Hadis-Hadis Mengenai Solat Hari Raya

  1. Diriwayatkan dari Abu Said, ia berkata : Adalah Nabi (S.A.W.). pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha keluar ke mushalla ( padang untuk solat ), maka pertama yang beliau kerjakan adalah solat, kemudian setelah selesai beliau berdiri menghadap kepada manusia sedang manusia masih duduk tertib pada Saf mereka, lalu beliau memberi nasihat dan wasiat (khutbah ) apabila beliau hendak mengutus tentera atau ingin memerintahkan sesuatu yang telah beliau putuskan, beliau perintahkan setelah selesai beliau pergi. (H.R. : Al-Bukhary dan Muslim )
  2. Telah berkata Jaabir (R.A.): Saya menyaksikan solat ‘ied bersama Nabi (S.A.W.). Beliau memulai solat sebelum khutbah tanpa azan dan tanpa iqamah, setelah selesai beliau berdiri bertekan atas Bilal, lalu memerintahkan manusia supaya bertaqwa kepada Allah, mendorong mereka untuk taat, menasihati manusia dan memperingatkan mereka, setelah selesai beliau turun mendatangi saf wanita dan selanjutnya beliau memperingatkan mereka. (H.R : Muslim )Baca Lagi