Apa Yang Diperlukan Dari Eizil Network?


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Apa yang diperlukan dari Eizil Network? Banyak juga perkhidmatan yang ditawarkan oleh Eizil Network sama ada berbayar mahupun percuma. Antara perkhidmatan yang menarik minat ibu ialah :-

1. Perkhidmatan Sekuriti

Perkhidmatan ini adalah salah satu perkhidmatan berbayar yang ditawarkan oleh Eizil Network. Ia ditawarkan dengan harga RM150.00 di mana harga tersebut adalah sangat berpatutan.

Sebagai blogger, keselamatan blog dan data-datanya adalah sangat penting. Blog IbuMifzal.Com dah banyak kali kena hacked, memang ibu rasa sangat-sangat serik. Mujurlah buat masa ini, ibu sudah pun menggunakan perkhidmatan cloudflare selepas bertukar hosting baru. Perkhidmatan pemasangan cloudflare ini memang tersedia dalam pakej hosting yang ibu baru redeem daripada Fivio.Com setelah memenangi hadiah tempat kedua dalam giveaway yang dianjurkan oleh BudakFelda.Com.

Oleh itu, Ibu amat syorkan setiap blogger untuk mendapatkan perkhidmatan sekuriti berbayar ini, kerana selain pemasangan plugin keselamatan yang dibina sendiri oleh saudara Eizil, banyak lagi yang ditawarkan bersama pakej pemasangan perkhidmatan sekuriti ini.

2. Khidmat Blogger

Baca Lagi