Dah masuk 14 Ramadhan sudah hari ini. Walaupun sudah sampai tengah bulan kita berpuasa, ibu fikir masih belum terlewat untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa pada tahun ini. Salam Ramadhan 1443H.
Pejam celik pejam celik, 14 hari sudah kita berpuasa. Sekejapnya masa berlalu. Nanti bakal tiba Syawal yang diraikan. Bagaimana puasa kalian. Semoga kita semua dipermudahkan untuk melakukan ibadah puasa pada tahun ini.
Alhamdulillah, bulan puasa kali ini kita tidak lagi seperti tahun 2020 dan 2021 yang mana sekatan pergerakan dikenakan. Kali ini dapat dilihat meriahnya masjid-masjid dan surau-surau di daerah masing-masing yang penuh dengan orang ramai yang datang untuk menunaikan solat sunat terawih. Begitu juga bazaar-bazaar ramadhan yang dikerumuni pembeli yang ingin mendapatkan juadah berbuka. Walaupun harga barang dan makanan semakin mahal, namun jualan tetap habis.
BACA INI : Salam Aidilfitri 1442H / 2021 Daripada Blog IbuMifzal.Com
Bagaimana pula persiapan hari raya nanti. Ibu belum memikirkannya lagi. Tema warna juga belum muktamad. Masih ada masa kan. Raya kali ini juga ibu tidak pulang ke kampung di Kelantan, sebaliknya akan ke Johor. Kami berhari raya di rumah adik ibu kerana ayah ibu ada di sana. Tak sabar juga menanti raya kali ini. Ya lah, tahun ini tiada sekatan rentas negeri dikenakan. Tak seperti tahun lepas kan.
2,635 jumlah dibaca, 1 dibaca hari ini