Site icon Blog Ibu Mifzal

Salam Aidilfitri 1442H / 2021 Daripada Blog IbuMifzal.Com

Masih belum terlewat untuk ibu mengucapkan Salam Aidilfitri 1442H / 2021 kepada semua pembaca Blog IbuMifzal.com. Sehari sudah berlalu di bulan Syawal. Meninggalkan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Bagaimana raya kawan-kawan semua kali ini? Kali kedua kita beraya di dalam suasana PKP ( Perintah Kawalan Pergerakan).

Salam Aidilftri 1442H

Sejujurnya, ibu agak terkejut apabila kerajaan mengumumkan PKP di seluruh negara bermula 12 Mei yang lalu. Ibu beranggapan kawasan kediaman ibu masih di dalam PKPP atau Perintah Kawalan Pergerakkan Pemulihan. SOP dapat ziarah raya dengan kapasiti 25 orang buat ibu agak gembira. Sekurang-kurangnya dapat berhari raya di rumah mertua yang agak berdekatan dengan kediaman ibu. Ya, masih di dalam daerah yang sama.

Beraya Di Musim PKP

Namun, secara tiba-tiba PKP seluruh negara diumumkan dengan SOP baru yang mana ziarah raya TIDAK DIBENARKAN. Apa lagi, hilang terus rasa teruja hendak menyambut hari raya. Hmmm. Pastinya, bukan keluarga ibu sahaja tetapi seluruh umah Islam di Malaysia merasa begitu. Walau bagaimana pun, ini semua adalah untuk mencegah penularan pandemik COVID 19 yang makin meruncing di negara kita. Tak apa lah berkorban sekali lagi agar selepas ini kita dapat beraya bersama-sama keluarga besar yang lain dengan bebas.

Kali kedua tidak dapat pulang beraya di kampung ibu yang jauh di negeri Kelantan. Ibu sudah redha kerana kekangan rentas negeri. Hanya talian telefon yang menjadi penghubung dan penyambung rindu. Selamat Hari Raya Ayah dan keluarga di kampung halaman. Insya Allah, tahun hadapan kita dapat beraya bersama.

Menu Aidilfitri 3 sekeluarga

Raya kali ini, ibu dan keluarga menyambutnya dengan sederhana. Disambut di rumah kediaman kami sahaja. Kebiasaanya, kalau raya sebelum pandemik COVID 19, pagi-pagi selepas subuh lagi kami pulang ke kampung. Kalau gilinran beraya di kampung ibu pula, awal minggu lagi sudah balik ke Kelantan. TETAPI, kali ini, semua berubah, persiapan hanya di rumah sendiri. Juadah raya juga untuk dimakan bersama keluarga terdekat sahaja. Mujur, kali ini, ada juga menu ketupat, lemang dan rendang. Terasa sedikit kemeriahan hari raya yang terkurung..

Okaylah, itu sahaja dahulu coretan suasana beraya kali kedua di musim PKP. Salam Aidilfitri semua 😀

 1,998 jumlah dibaca,  2 dibaca hari ini

Jom Kongsi!
Exit mobile version